Assalammualaikum Suri Marissa ;-)

last saturday pagi pagi kaktin sudah pungut saya di rumah.
misi mahu ke prince court medical centre.
mau melawat atie yang baru jer melahirkan anak semalamnya.
amboii cantik betul prince court ni eh.
dah macam hotel romannya.
sempat la saya dengan kaktin sesat barat kejap dalam tu.
tadaa… ini lah dia suri marissa.
masa kitorang sampai dia tengah tidur.
pastu gamak membising dengar kami borak terus terjaga.
pastu ghiyauuu.
sabarlah suri. dunia memang begini.
berbekalkan pengalaman 4 orang anak, kaktin ambil suri lalu membedong mengikut piawaian yang betul.

: : bulat seketol si suri : :
lama jugak kitorang melepak.
1 jam setengah ada kot kaktin? borak gebang begitu begini.
apa-apa pun, tahniah atie & fadlee.
atie, selamat berpantang. pantang betul betul tau jangan ngelat ngelat.
kesannya tak nampak sekarang, nampak 10 tahun lagi.
cewahh pandai kau nasihat orang normaya?
kau dulu pantang bebenau ke?
heyyy.. of coz laa i pantang bebenau ote..
suri marissa, selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba ini 🙂
jadi anak yang baik ok?
dari prince court, kaktin hantar saya pulang.
tapi kitorang lepak ali maju jap.
sian kaktin teringin nak pekena butter cheese nan tapi belum ada lah plak tengah tengah hari rembang tu.
pepetang atau malam baru ada.
takpe kak, lain tahun ada rezeki ku belanja kau ya…

8 thoughts on “Assalammualaikum Suri Marissa ;-)

    • dia satu office dengan aku.
      tapi department lain2 la. pastu kebetulan lak dia orang taiping.
      tu yang lagi rapat tu..

Comments are closed.