XPDC ke Lata Luis, Taman Negara Sungai Relau – Part 5

good morning lata luis!
pagi pagi esoknya apau dah gegar khemah suruh bangun.
syukur alhamdulillah hujan malam tadi takde la menenggelamkan khemah kami semua.
menggeliat kejap. luruskan otot otot yang dah bengok.
lepas tu breakfast time!

lepas breakfast kami trekking dalam 15 minit untuk ke air terjun.
alamak tak ingatlah plak apa nama air terjun ni. tapi air terjunlah.
boleh tahan hazab jugak lah.
aterrr nama pun dalam hutan. mesti la ada kehazabannya.
kalau tidak taklah dipanggil hutan. kan..


: : muka ketat : :
akhirnya sampai! yey..
inilah air terjunnya. cantik tau.
tapi of coz la tak secantik air terjun dabong kat kelantan yang saya pergi dulu.

: : posing mak aji di tengah hutan : :

: : mak haji dan pak haji wanna be : :

: : termenung berfikir macam-macam : :

: : para jejaka berendam : :
saya tak mandi pun sebab nanti nak trekking balik basah la plak.
dah basah nanti mesti payah nak melangkah. so takyah.
balik khemah bersiap siap untuk pulang.
sebelum tu saya dengan encik z mandi kat sungai berdua dua.
best tau. quality time together.
dan guess what.. yer saya terberak lagi.
terpaksa gali lubang lagi *&@^@()@&@^^&!))!_(
sebelum balik ada knowledge sharing sikit.
takde la sharing apa sangat pun kot. sebab semua ni pun mostly dah kenal.

ok siap siap semua. khemah pun dah runtuh.
packing. kumpul sampah.
dan perkara wajib. bergambar!
korang jangan la nak hairan sangat dengan tshirt yang saya pakai ulang tayang tu.
yer dipakai ikut suka hati siang malam.
saya masuk hutan ni bawak 2 helai je baju.
tak kuasalah nak bawak banyak-banyak.
dan trekking jauh tu baju wangi pun jadi masam. so takyah nak tukar sangat.
inner putih tu saya ulang pakai. tracksuit pun. tudung dan anak tudung pun.
sampai bawah, inner, spender, tudung dan anak tudung saya campak buang. heh.


: : kesayanganku yang sayang angat angat : :

: : apau yang ku sayang kadang-kadang. menciks (motip eja ceni?) kadang-kadang : :
inilah kami kesemuanya 13 orang + 1 orang iaitu tok li sebagai penunjuk jalan.
dari kiri berdiri pak lin, mr kana, wafi, encik izham, abang bo, salimi, tok li, encik z & nok.
dari kiri duduk choo ann, fizi, mya, arman & apau.

kami bertolak turun lebih kurang pukul 10.30 pagi.
dan of coz perjalanan turun lebih lancar dan lebih laju. 😉

One thought on “XPDC ke Lata Luis, Taman Negara Sungai Relau – Part 5

Comments are closed.