XPDC ke Lata Luis, Taman Negara Sungai Relau – Part 4

walaupun dah sampai kat kem lata luis ni, bukan boleh rehat lagi yer.
kena kerah pasang khemah la pula. takkan nak goyang kaki kan.
malam nanti engkau jugak yang nak tidur dalam khemah itu.
so tolong lah encik z tegakkan khemah yang berwarna pink, apau yang punya.
kami pinjam lah sahaja.


: : sebelah tu khemah choo ann : :

: : ginilah rupa paras dalam khemah. tidur beralaskan tuala, dan berbantalkan kain batik : :

: : dah siap pasang khemah, kita longgokkan barang makanan yang dibawa : :

: : asam rebus bendi, maggi, sardin : :

: : sedap! : :
barang makanan ni semua kitorang tong tong duit.
dan juga tong tong pikul.
saya takdelah makan banyak sangat. sebab kan perut saya masih tak sedap.
dah lebih 10 kali kot saya mention saya sakit perut nih.


: : wajah-wajah kepenatan tapi kegembiraan : :
lalu malam pun menjelma.
eh belum belum. belum lagi.
sebenarnya lepas je siap pasang khemah tu, saya baring kat dalam.
tak sedar terlena lah pula. tapi kejap je.
pastu bila terjaga terus ke sungai membersihkan diri.
dan errrr… errrrr… terberak (tutup muka)
sini takde jamban yer  kawan-kawan.
makanya kalau nak berak, sila gali lubang.
yer saya gali lubang kat tepi sungai. cirit birit 🙁
tsktsktsktksksk…
dah membersihkan diri semua, saya masuk balik dalam khemah dan berbaring.
dan terlena lagi. bila terjaga tengok hari sudah hujan.
camping dalam hutan.  hujan. perghhh… sila bayangkan bagaimanakah keadaannya. sila sila.

dalam pukul 10 malam camtu  hujan berhenti.
apau panggil la kitorang semua keluar.
sebab patutnya malam tu ada sessi bercerita dan berkongsi pengalaman.
tapi saya buat-buat tak dengar dan buat-buat tidur. malas. he he he.
sudahnya memang tak jadi pun sesi tu. selamat.
pukul 12 malam camtu hujan turun balik tapi renyai renyai je.
pukul 3 pagi saya terjaga sebab nak terkencing. heh.
kejut encik z, lalu slow slow jalan ke belakang khemah.
oh yer kitorang camping ni dekat dengan sungai. tapi takde lah dekat sebelah sebelah sangat.
kena jalan jugak la dalam 150 meter camtu.
dalam hutan. gelap gelita. hujan renyai. memang tak ah nak jalan jauh jauh kan.
so saya kencing dekat dekat situ je. huhuhu..
besok paginya apau tegur ‘u  bangun kencing yer malam tadi’
euwww malu. tapi kencing je pun. apa nak malu nya?
kan? ke kena malu?

5 thoughts on “XPDC ke Lata Luis, Taman Negara Sungai Relau – Part 4

  1. adoii…mya…awak ni mmg klaka tau.. part last skali tu mmg klaka. “ke kena malu?”

    Entah ek..takyah malu kot.. seme orang pun kencing gak.. hihi 😀

Comments are closed.