XPDC ke Lata Luis, Taman Negara Sungai Relau – Part 3

eh eh eh. belum bertolak lagi rupanya.
apa apa pun kita bergambar lah dulu.
inilah rentis gunung tahan. pintu masuk nak ke gunung tahan. begitulah.
ok jom kita mulakan pengembaraan ini!
kami bergerak dari kuala juram jam 10.50 pagi.

: : lalu jambatan gantung pendek : :

: : sudah masuk dalam hutan yo : :

: : kesian encik z. berat tu beg dia tu : :
selepas 15 minit trekking berjumpa lah dengan sungai yang pertama.
muka ada ceria jugak. maklumlah sungai pertama. tunggu tengok sungai ke 2, ke 3 dan ke lapanploh sat g.
memang takde nya nak elak elak seluar kasut dan stokin dari basah.
memang akan basah punya.
melainkan korang nak junjung kasut atas kepala laaa..
saya dah tak ingat dah berapa minit perjalanan dari sungai ke sungai.
ok yang ini sungai ke 2 yer.

: : muka masih ada senyum : :

: : kalau dapat mandi berendam syok ni : :
seterusnya sungai ke 3.
perhatikan muka saya yang dah nak menangis tu.
berapa banyak sungaii daaa mau cross.

: : muka kepenatan plus kemenyampahan plus penyesalan tiada terperi kerana mengikuti xpdc ini : :
mau tak nya. macam jalan dari bank pegi sogo konon.
yer la memang la. jalan dari bank pegi sogo. dari sogo pegi bank. dari bank pegi sogo.
ulang lah dari pagi sampai malam. pfffftt..
apau pentipu!!! jauh okkk… dah la laluan mencanak canak.
kalau tak mencanak pun cerun turun bawah. kena pegang tali bagai.
tanah licin. becak. grrrrrrrrrrr… hetchu u apau!
tadi mula mula kemain love u apau kan. sekarang hetchu.
inilah namanya manusia.

: : berehat sebentar bersama kit kat : :

: : berehat lagi : :
ok sumpah penat. saya jalan dalam 15 minit stop.
jalan 10 minit stop. letih gila kot.
tapi apau takde la marah ke apa.
memang dia kat belakang tunggu.
berani dia nak marah. dia yang cakap jalan dari bank ke sogo konon. heh~
peserta lain semua memang melaju je lah ke hadapan sana.
sungai ke 4 adalah sungai yang paling hazab.
air deras. batu licin. kena  berpaut kuat kuat kat tali ni ha.
si herman berapa  kali jatuh terduduk duduk.
encik z pun sama. nyarisssss nau.

: : dah rupa jabatan pertahanan awam menyelamatkan mangsa : :

: : ok kami berjaya cross. jadi mari kita gembira : :
lepas sungai yang ke 4 ni kami berehat lama sikit. untuk lunch. sejam.
lunch memang dah dibekalkan sesiap.
tapi saya makan sikit je. tak lalu.
plus perut saya kan masih tak sedap lagi, remember?
oh yer kami sampai kat sini pukul 12.30 tengah hari.
tak sampai 2 jam pun lagi trekking. tapi dia punya penat… mintak nyawa..
tempat yang kami stop berehat ni namanya kuala luis.
maknanya kami dah trekking 5km jauhnya.
dan ada lagi 6 km untuk sampai ke kem lata luis.
dan kena ingat, 6 km yang makin tinggi ok.  bukan tanah rata.

: : termenung memikirkan nasib diri : :

: : lepas makan kitorang gantung sampah sarap. nanti otw turun baru kitorang hangkut bawak balik : :

: : apau kesayangan ramai : :
rest dalam sejam setengah jugak. pastu sambung  perjalanan.
nampak tak saya kat bawah tu?
hazab ok. H.A.Z.A.B!

: : dah tak terkira dah berapa kali saya stop huhuhu  : :
akhirnya setelah hampir 3 jam trekking, alhamdulillah kami semua selamat sampai di kem lata luis. syukur syukur syukur.
jumlah keseluruhan, 5 jam setengah trekking. tolak satu jam lunch.
4 jam setengah okkkk.
adakah ini realiti???? *tepuk pipi sendiri

2 thoughts on “XPDC ke Lata Luis, Taman Negara Sungai Relau – Part 3

  1. mesti sambil trekking duk maki dlm hati pesal la aku ikut, pesal tu, pesal ni
    bila dah smpi rasa heaven giler kan?

Comments are closed.