XPDC ke Lata Luis, Taman Negara Sungai Relau – Part 1

tetiba tak tau nak start entry ni cemana. boley?
tetiba macam blur gitu. sebab dah berzaman kot. hmmm..
ni tetiba tengah semangat. kita kasi zass lah.
korang bertabah la yer membaca.
ok lah begini.
seminggu sebelum puasa hari tu saya joint ekspedisi ke taman negara sungai relau nun di pahang sana.  macam biasalah, ikut apau.
sebenarnya date asal adalah sama dengan date saya nak ke bandung.
lalu saya pun cakap dengan apau yang saya tak dapat nak join, tapi request apau buat la trip ni lagi di masa hadapan.
tup tup apau dengan baik hatinya kata ok postpone ke minggu depannya supaya saya dapat pergi.
diva sangat kan sampai orang kena ikut date kau kan normaya?
siapa pembaca tegar blog saya dari dulu mungkin masih ingat yang saya pernah pergi dah taman negara ni. boleh baca kat SINI.
yes dedua pun sama kat pahang. cumanya yang dulu saya pergi tu taman negara kuala tahan.
ini kali saya pergi di sungai relau.
dua dua taman negara ni merupakan pintu masuk ke gunung tahan.
kiranya kuala tahan sebelah sini. sungai relau seberang sinun. begitulah.
yang membuatkan saya terjebak nak follow xpdc ni sebab apau kata ‘alahhh trek nya senang je. macam u jalan dari bank ke sogo’
berbekalkan kata-kata itu lah, saya macam ‘okkk i follow…’
yer saya ni nampak je macam melembik tapi saya suka aktiviti lasak begini.
walaupun hari tu masa pergi lata kijang negeri sembilan tu dah separuh nyawaku pergi.
dah kekonon tobat taknak trekking dah. tapi tetiba terjebak lagi. heh.
saya sangat kontra dengan kaklong saya tau yang lemah lembut tu.
bila saya bagitau nak pergi camping trekking bagai ni mesti dia akan kata ‘kenapalah nak menyusahkan diri’
cisss…
takpe. kita susahkan diri sendiri. bukan susahkan orang lain. so apa ada hal..
kitorang bertolak hari jumaat, 13 julai 2012.
plannya nak bertolak pukul 8 malam, tapi tunggu wafi, salah sorang peserta (boleh ke panggil peserta?), dia ada kerja. bertolak dari airport.
pong pang pong pang. dalam pukul 9.30 malam jugak lah geraknya dari office.
1 van. dan 1 kereta.
total kami semua ialah 13 orang. cuma saya dan choo ann sahaja perempuan. phewww…
untuk xpdc ni kena bayar sorang RM180.

: : harus kena bawak backpack yer anak anak : :
oh yer, sebenarnya masa ni condition kesihatan saya tak begitu molek.
sepulangnya saya dari bandung, saya dilanda cirit birit yang agak kronik.
kira big risk jugak la saya pertaruhkan dengan nak join xpdc ni.
kitorang stop kat raub untuk dinner.
kemudian teruskan perjalanan. masa yang diambil dari KL ke sungai relau lebih kurang 4 jam.
kami sampai di dorm penginapan lebih kurang pukul 3 pagi.
yer kami duduk kat dorm beramai-ramai.
masuk dalam gelap teraba raba. tengok mana katil kosong, terus lompat naik lalu zzzzz…
eh wash up dulu lah. basuh muka, basuh kaki segala.
dorm ni khas untuk mereka yang nak mendaki ke gunung tahan dan juga orang-orang macam kami ni lah. yang nak trekking.
walaupun tak sampai ke puncak gunung tahan pun nggak apa-apa.
boleh je bermalam kat sini.
masa dalam van saya cek kamera, tetengok memory card takde.
baru teringat saya bukak sebab nak transfer gambar! adoiyainyerrr punnn..
terpaksa la guna internal memory. tapi size gambar semua saya terpaksa kecikkan.
encik z tak bawak dslr nya. kan hari tu lense kamera dia ada problem.
my bad lah huhuhu 🙁

: : inilah suasana dorm nya : :

: : toilet : :
besoknya seawal jam 6.30 pagi dah bangun dah. mandi sesiap semua.
tetengok kat luar depa yang lain bangun lagi awal rupanya. semangat.
walhal apau masih dok kroohh kroooh lagi.

: : muka seorang pesakit cirit birit : :

: : itulah dormnya dari luar : :

: : beg saya dan encik z. berbekalkan roti panjang sebagai bekalan. dan kena bawak khemah sendiri! : :

: : breakfast : :
tapi saya tak berani makan sambal semua tu.
makan nasi dengan telur je. dan minum teh o banyak-banyak.
dan menadah tangan berdoa supaya tidaklah dilanda cirit birit di dalam hutan rimba itu nanti.

: : apau bekalkan charcoal (bukan arang) : :

: : mungkin first dan last pakai baju bali ini. material tak best : :
ok dah siap siap semua, kami menapak ke pejabat perhilitan taman negara sungai relau ini untuk documentation. isi borang apa semua lah.
apau yang uruskan. me love u apau.


: : selamat datang ke taman negara pahang, sungai relau. u have no idea what type of keazaban that u’re going to face. tungguuuu : :
yang ikat kepala biru tu lah guide kami. saya dah lupa namanya lah.
tok li kot? ke tok di? takpelah buat masa ni kita namakan tok li je la.
nanti saya tanya apau, saya betulkan balik kat entry yer.

: : tok li tengah bagi briefing tentang tempat yang kami nak pegi ini : :
ok kitorang takde la nak panjat gunung tahan yer.
trekking kitorang ini hanya setakat di kem lata luis saja.
next entry nanti saya tulis details checkpoint yang harus dilalui sebelum sampai ke lata luis.

: : tak sabar! : :

: : sebahagian dari kami : :

: : sila patuhi peraturan ya… : :

: : pemandangan indah di taman negara sungai relau : :

: : signboards! : :
untuk masuk ke dalam kawasan hutan rimba taman negara pahang ni, korang kena declare barang-barang yang korang bawak tau.
berapa helai baju, berapa banyak botol, berapa beg plastik.
akan ada spotcheck. dan bila korang turun nanti, korang kena make sure barang-barang korang yang dideclare tu dibawak turun sama, regardless botol kosong atau plastik sampah yang banyak.
kena bawak turun. tak boleh buang/tinggalkan kat dalam hutan rimba.
buruk padahnya.

: : 3 helai seluar dalam, 2 botol air, 5 plastik sampah <<– contoh checklist : :
kami menaiki 4WD untuk ke kuala juram. iaitu rentis gunung tahan.
perjalanan dalam 13km lebih kurang 20 minit camtu lah kot.
bapak mencabar hoihhh.. terlompat lompat saya dalam tu. pffftt…

panjang bebenau plak dah haihhh entry ni. nanti lah sambung lagi (tak tau bila)
dan cukuplah satu entry je hari ni. dah pi baca blog orang lain pulak.

6 thoughts on “XPDC ke Lata Luis, Taman Negara Sungai Relau – Part 1

  1. hehehe…siap kene halau g blog org lain :p

    sy x pernh join aktiviti masuk hutan ni lg…nak join tapi tak tahu nk cari + xde kaki nak g 😀

Comments are closed.