Tudung Syria Cotton

assalammualaikum…
masih cerita tudung yer anak-anak.
ok selain tudung soft awning seperti entry di bawah, saya juga dah borong 1 kodi tudung syria cotton ini.
yer saya tau memang kat jalan TAR melambak jual.
cuma saya je yang tak jumpa kot.
kedai saya beli hari tu memang takde size L yang saya nak.
pastu warna pun cam kepayahan nak cari.
tu bila saya jumpa tudung syria cotton ni, terus je lah saya zass.
memang ada jugak la niat nak menjual.
tapi kalau kata tak laku pun sokayy.. saya pakai je semua he he he.
tapi sama seperti entry tudung di bawah, memandangkan saya kebetulan memang nak pergi ke tempat jual tudung tu, so saya nak bukak lah untuk order yer.
syarat-syarat semua sama je.
cuma harga je beza. yang ni RM25 sahaja termasuk inner.
tapi tak termasuk postage yer. postage RM6 juga.
1 kodi ada 20 helai dan setiap warna yang berlainan.
so memang ada 20 warna lah.  saiz L. cover dada.
maka nya, siapa cepat dia dapat.
email tanya. saya reply. bank in duit. saya pos. selesai.
oh jangan lupa letak nombor seperti dalam gambar yer.
buat masa ni, syria cotton ni lah yang paling saya selesa.
dan of coz tudung bawal jugak lah 🙂
syria ni paling praktikal, selesa dan harga berpatutan.
cuma inner tu saya tetas sikit kat belah belakang supaya tak terpenyek sangat kat muka.
sebab muka saya ni bulat.
saya tetas sikit, tarik sikit ke depan, jadi dia macam ber soft awning gitu lah.
ramai jugak yang tanya tudung ni asing ke atau jahit sekali.
maksudnya tak berapa nampak la macam 2 tudung.
so apa lagi? email saya k?
myasefia@yahoo.com
😉

One thought on “Tudung Syria Cotton

Comments are closed.