Tudung Cotton Soft Awning

assalammualaikum korang.
cey cey tajuk tudung terus bagi salam kan. he he he.
saya semenjak awal bertudung dulu macam agak dilema jugak la nak mencari tudung yang menepati piawaian diri.
tapi sebelum bertudung saya memang suka sangat tudung tie rack.
so ada la beli beberapa helai.
tapi tahu lah harga tudung tie rack ni, boleh tahan sesak derrr..
lepas tu lama-lama saya rasa kurang praktikal pakai sebab ambil masa nak melilit bagai.
expecially bila nak solat lah.
kalau kat office ok lagi lah sebab ada own sweet time nak belek telek kan.
tapi kalau kata kat luar, tambah plak surau yang kecik, cermin pun kecik.
orang lak ramai. memang sesak nafas nak melilit.
lalu saya pun kumpul kumpul jugak tudung awning ariani tu.
dan lepas tu saya ada beli jugak shawl satin ala yuna tu.
tudung awning tu ok lah kan sarung begitu saja.
tapi shawl satin tu pun kurang praktikal.
unless kalau tak solat lah kan.
tak perlu nak lilit bukak lilit bukak. pin kiri kanan.
so kiranya shawl dengan tie rack saya dah tolak ke tepi.
pakai waktu tak solat sahaja.
tudung awning sarung tu pun sebenarnya saya kureng jugak.
awal-awal dulu ok sikit la.
tapi sekarang sekali lagi rasa tak praktikal.
sebab apa tak praktikal?
yer. sebab awning keras ia itu.
susah nak solat kalau takde telekung.
masa awal-awal saya bertudung dulu, saya nak solat kan.
saya lupa saya pakai tudung awning keras tu, bila nak sujud eh eh macam mana ini..
hehe. nak taknak saya belasah je la. so agak penyek la awning di situ.
itu lah maksud saya kurang praktikal.
tapi still ok la compare tudung tie rack dengan shawl satin tu.
lalu saya survey lagi lah tudung tudung yang lebih praktikal.
bertemu dengan tudung syria.
saya beli 2 helai dulu. hitam dan putih.
tapi tempat yang saya beli tu tak banyak plak pilihan saiz.
tu pasal beli je walaupun pendek 🙁
dan baru-baru ni plak saya jumpa website tudung sarung radiusite yang jual tudung sarung soft awning tu.
ada saya blog kan hari tu.
tapi semua manjang sold out *stressss
dan yang terbaru plak. saya jumpa tudung yang seakan sama.
cuma warna saja yang berbeza.
terus rasa cam nak nak nak….
dan dengan gigihnya saya pun pegi la kat tempat kejadian untuk tengok sendiri dan pilih sendiri dan cuba sendiri.
lalu inilah dia!
saya beli satu kodi terus.
tapi tapi tapi.
masa memula pakai tu rasa ok.
tapi bila balik rumah rasa cam alaaa asal agak mengetat ni.
terus sedih huhuhu.
tidaklah tak boleh pakai langsung.
boleh tapi kurang selesa sikit la kat dagu tu.
tapi takpelah kan.
pastu saya sesaja la up kat facebook dan twitter.
sebab hari tu ayu & syana ada gak tanya-tanya kalau kot saya jumpa tudung ceni, suruh bagitau dorang.
tak sangka ramai gak yang berminat yer.
so saya jual je lah. saya nanti boleh beli lain jugak kalau mau kan.
satu kodi saya beli tu ada 20 helai.
satu design ada 2 helai.
kira semua 10 design la. design kata kau.
10 warna la kot.
ini contoh kat patung yer.
cantik kan?
untuk first batch yang saya ambil ni, tinggal 7 helai je yang tak laku lagi hahaha.
mungkin sebab warna oren coklat kuning hijau kot?
warna terang benau sapa nak pakai kot yer?
dan eh ada sehelai warna merah hitam tu.
so total semua 8 helai la tak laku eheheh.
saya rasa seronok jugak jual tudung ni.
sebab dalam meniaga, dapat berdakwah jugak secara tak langsung nya.
dan plak ada kawan-kawan saya yang mintak simpan kan kalau saya ada ambil stok lain.
ramai yang berkenan pink biru muda eh?
ok lah ceni.
saya ingat nak pergi lagi tempat tudung tu.
so saya nak bukak order kat sini lah.
siapa yang nak beli tudung-tudung di atas, boleh email kat saya.
just simple email tulis tudung merah awning hitam atau tudung pink awning biru muda.
begitu.
harga? oh sehelai RM27 saja. murah kot kan? kan?
tak termasuk postage. postage RM6.
tapi itu lah dia. saya kalau boleh siapa yang nak tu, email bagitau.
bila saya reply kata ok tudung sekian sekian tu ada.
terus bank in duit la yer.
saya tak pandai la nak manage orang yang nak reserve-reserve ni.
yang sebelum ni punya pun, ada je orang reserve tapi sampai ke sudah tak bayar, tudung pun tak datang ambil.
so agak tak best lah di situ.
tudung ni saiz M yer. tapi jangan risau, insyaAllah cover dada.
yang saya tulis available tu memang ada dengan saya sekarang.
so kalau siapa nak, saya boleh post secepat mungkin.
tapi yang sold out tu, saya akan pergi ambil tudung tu hari sabtu ni.
tu sebab saya nak u all hantar email, reserve dan bayar.
hari sabtu jugak saya akan pos kan.
kalau ada apa-apa tak faham boleh email saya k?
myasefia@yahoo.com
P/S : panjang lebar punya entry. ujung ujung nak jual tudung rupanya. hewhewhew..

4 thoughts on “Tudung Cotton Soft Awning

  1. huhu aku kah yg chop2 nk tudung pastu lupa nk bayar
    kekeee
    nnt aku sms ko ek..malas ler nk email 🙂
    eh yg plain 1 kaler jek takde ke?
    tp material gini?

    • ishh bkn kau la.
      kau kan aku bagitau mmg dah sold out.
      ada org lain. sampai la ni tudung tu ada kat aku. huhu..

Comments are closed.