The Broken Link

semalam kakred & kak akmal bagitau saya yang diorang tak boleh view gambar-gambar kat entry taman negara sungai relau saya tu.
masa saya draft dan publishkan, ok je saya tengok.
saya pun cakap kat depa nanti saya check it out kat rumah.
ni saya  baru lepas tengok tadi.  haah la gambar semua tak boleh view.
actually banyak gambar saya link kan direct dari album facebook saya.
sebelum sebelum ni saya buat cam ok je.
tiba-tiba plak sekarang tak boleh.
lalu terpaksalah saya gigih edit, save dan upload semula direct ke wordpress.
tak pasal kan.
oleh kerana saya terpaksa edit semua, maka nya untuk hari ini takde lah sambungan entry taman negara ni sebab saya dah ngantuk sangat.
dah dekat pukul 1 pagi  kot! encik z dah lama kroh kroh atas sofa tu.
lepas tu saya try test la tengok entry-entry lama.
entry ke taiwan. dan bali.
alaaaa… semua gambar yang saya link kan direct dari facebook semua pun dah broken.
saya pun tak dapat nak memahami mengapakah ini berlaku.
nampak gayanya saya kena upload semula la semua-semua gambar tu.
pengsan oh…
tapi kena buat jugak. sebab apa?
sebab saya dah plan, satu hari nanti bila saya dah tekad nak tutup blog ni, saya plan nak print molek molek gambar dan semua cerita saya kat blog ni.
eh bukanlah semua. cerita saya pergi vacation saja lah.
dan  mungkin entry-entry tentang yaya.
haihhh nak salahkan facebook ke nak salahkan wordpress ni?
korang tolong saya kejap, tengokkan entry vacation saya yang lama-lama.
boleh view tak gambarnya? tq.

4 thoughts on “The Broken Link

    • kau nampak yg mana babe?
      kalau yg taman negara sungai relau ni aku dah edit dan upload lain, sebab tu nampak kot?
      kalau entry bali kau nampak tak gambar?

  1. Patutla.. mmg byk gambar dlm blog maya yang kaknaja x dapat tengok sebelum ni.. ingatkan pc akak yg problem

    • saya rasa la kan kak, facebook kot. diorang punya link gambar tu dah bertukar. tu yang gambar tak keluar kat blog saya.
      sebab bila saya try test letakkan link yang updated dari facebook, elok je plak gambar keluar.
      so kesimpulannya link dari facebook bertukar.
      takpe lah, nanti pepelan saya update kat entry lama2. huhuhukss huwaaa..

Comments are closed.