Simple Tapi Sangat Sedap

last week boss boss kat department aku ni ha semua takde.
pergi course.
so tinggallah kami kuli kuli macai je kat office.
tapi kami takde la bermaharajalela ke apa ek.
kami semua behave.
sebab kat sini, dinding, lantai, meja, komputer semua ada telinga dan mata #RBTL
so kami kami plan nak buat potluck.
masak masak bawak datang office.
so selepas bermesyuarah, staff lelaki tong tong duit beli beras.
dengan beli buah.
saya bayangkan tembikai. tapi rupanya pisang. nangiss..
saya awal awal dah bagitau nak bawak sambal udang, 2 jenis ikan masin, sambal belacan dan timun.
dan kalau sempat saya buat buah melaka.
dan inilah dia yang saya bawak 🙂
beli udang kat pasar malam.
3 pinggan RM10.
eh ada kicap gak. saya la bawak tu.
baru sedap nak makan dengan nasi panas.
red velvet cake tu saya beli kat ahyue.
separuh saya dah bedal hewhew.
buah melaka sempat saya buat pagi tu.
tapi tak banyak bijik la.
cukup la jugak tapinya.
habis licin sebelum sempat makan nasi tau.
suka lah 🙂
dan ini pembuka selera.
ikan masin. satu tu saya beli kat pasar malam.
yang belah kanan tu import dari taiping.
saya tak pernah lagi jumpa ikan masin camtu kat KL ni.
ikan masin kedera eh namanya?
sapa tak penah makan sila cuba, sedap oooo…
saya selalu kalau cam malas sangat nak masak kan, goreng ikan masin kedera ni, makan dengan kicap, sambal belacan.
pheww.. nasi panas-panas.
hidangan sedap di dunia. kata ku :-p
ikan kedera ni tak habis makan kat office, tapi akak-akak ni awal-awal dah book nak bawak balik.
sila kan kak. sila lah.
saya dengan berbesar hatinya memberi.
kak wan bawak ikan kembung mentah ke office.
pastu goreng panas-panas.
abang mdnoor bawak benda alah ni ha.
saya taktau apa namanya.
tapi boleh menggoreng. terus terkagum kagum.
nanti nak beli satu lah.
kalau travel memana tempat yang boleh masak, haaa bawak ni je.
seperti masakan di rumah nanti jadinya.

: : saya tolong goreng : :
dan inilah antara masakan yang ada.
sayur campur. tauhu sumbat.
sambal sotong, ayam goreng berempah,  telur dadar, rendang limpa, pajeri nanas dan kari telur ikan! sedap gila pliss..
pastu ramai ramai makan dalam meeting room.
tak sedar bertambah tambah.
semua tengah konsentret makan, saya je pepoyo pandang kamera.
kakak-kakak dan abang-abang, nanti bila boss boss kita takde, kita buat lagi nak?
tapi ntah bila nya pun kan?
burppp. alhamdulillah 🙂

6 thoughts on “Simple Tapi Sangat Sedap

  1. Omak aiiiii…ini mcm aturcara pun ada erk…….den keja dlm lab…kalau buat mcm ni…maw nya seminggu bau tak hilang…….ahakz

Comments are closed.