Silalah Bersyukur Normaya

6 minggu lamanya myavi saya terdampar di workshop.
nasib baiklah adil sudi pinjamkan persona beliau.
kalau tak, tak tau lah macam mana saya dengan encik z nak bergerak.
ada yang tanya, proton saga sampan encik z mana?
oh saga sampan tu encik z dah jual. 😀
last 2 weeks saya pun pergi la sendiri kat workshop tu sebab nak kena sign beberapa papers.
workshop tu bertajuk joo auto works sdn bhd, nun di segambut.
masa memula sampai tu terperanjat sikit la sebab office nya terbakar.
lalu saya pun berfikir, jadi di manakah officenya?
inilah officenya. kabin. eh ke kontena?
tapi gitulah.
dalam tu ada 6 workstation, 6 orang pekerja.
terus saya cam insaf lah.
dan bersyukur.
kadang-kadang tu sikit sikit saya nak komplen.
walhal dah kerja tempat besar ni.
kemudahan pun banyak.
tapi bila ada sikit sikit yang tak kena, komplennn je kan.
sedangkan ada orang lain yang lagi kerja dalam bersederhana.
lepas 6 bulan tak jumpa myavi, bila jumpa rasa macam malu dan rindu.
macam jumpa boyfriend kekdahnya.
saya rasa myavi ni macam manusia sudahnya.
cam boleh nampak dia gembira bila tengok saya datang.
*ok saya berhalusinasi

: : sayang iaaa : :
ok saya nak cerita sikit pasal kes myavi ni accident.
sebelum tu memang saya ada niat nak jual myavi ni.
kenapa nak jual? kenapa? tak boleh ke?
matikla soalan dijawab soalan.
ada je la borak borak dengan encik z dalam myavi.
sebab takde la haihh nak percaya orang dok cakap, jangan disebut-sebut depan dia kalau nak jual.
nanti dia merajuk.
tup tup accident lah pula.
ntah. nak percaya sangat pun tak molek kan.
dah benda nak jadi.
walaupun benda tu yang paling kita sayang, tapi kalau bukan ditakdirkan untuk jadi milik kita selamanya, tetaplah bukan.
hari yang sama jugak saya ambil myavi tu, saya pergi tanya kat used car. yup, i’m selling my myavi. my lovely myavi.
nanti saya cerita kat entry lain k.
saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi pemilik myavi WQA**** ini selama 5 tahun 5 bulan lamanya….

4 thoughts on “Silalah Bersyukur Normaya

  1. Ye lah Mya… mmg ada kebetulan gitu.. nati sy citer pasal keta saya yg rosak last month. eh, ke dah citer..
    salunya begitu lah kan. Jgn terdetik langsung nak beli baru ke apa, harus dia merajuk. Hihiw 😀

  2. lama jugak repair kete tu yer..
    mmg susah kalau tak de kenderaan ni..nasib baik tak naik bas kan kak.
    so mmg patut bersyukur

  3. selalunya gitu la..kalau nyebut nk tuko baru ke hapa mesti ‘merajuk’…
    macam saya aritu….mak bising2 suh tuko peti ais lebih besar katanya dh xmuat nk taruk lauk mentah…lgpun pintu blah atas tuh dh tercabut gara2..aisnya dh tebal..sekali rentap terus tercabot(geram punya pasal)…peti ais zaman dolu2 saiz kecik 1 pintu jer tp dh byk berjasa…gara2 cakap suruh tuko peti gak la..tetibe lampu peti ais xnyala…ingatkn rosak..sib abek masih elok sejuknya hingga hari nie wpun lampunya xnyala dah ;-( ….moralnya….belajar bersyukur sesuatu yang kita ada wpun kecil

Comments are closed.