Saya di Bisnes Alternatif Astro Awani :-p

 last friday saya joint surprise baby shower untuk rose & yan yang diorganize oleh kak red & kak liza.
tempat kejadian adalah di fullhouse cafe jalan yap kwan seng.
tu entry lain lah sebab saya kena tunggu gambar-gambar dari blog dorang.
saya snap gambar sikit je pakai BB. sebab kamera saya rosak. (tapi sekarang dah ok. masalah bateri je rupanya he he)
sekarang saya nak cerita pasal saya masuk tv selama 24 saat :-p
kakred memang ada bagitau nanti orang astro awani nak datang buat interview sikit.
tapi tidaklah saya ambik pusing.
tetengok orang yang nak interview tu ialah hilal. peserta on air.
ala yang terkenal dengan tagline dia. tiada yang kenyang, maka tiada lah yang lapar.
sampai ke sudah la akak ingat tagline kau ni hilal oiii..
saya dah pernah jumpa dia sebelum ni. event kakred jugak lah.
tetengah sesedap makan tetiba hilal datang kat saya ‘akak, nak interview akak sat’
terus saya cam ‘ehhh takyah takyah’
dia kata ‘alaa sat ja kak’
saya tanya balik ‘nak interview pasai apa ni?’
dia kata ‘fesyen’.
terus saya cam ‘hah fesyen? takyah takyah. akak ni mana la reti fesyen fesyen’
tapi dia insist.
lalu untuk tidak menghampakan orang, saya pun ok kan je lah.

: : belakang tabir. dengan muka comot, baju kedut, tudung senget. pastu tanya pasal fesyen? sesuaiiiiii : :
program ni keluar hari sabtu pukul 11.30 malam. dan hari ahad pukul 12.45 tengah hari.
layankan ajer.

: : siap nama penuh dan alamat blog. hewhewhew : :
akak tak menitikberatkan harga
sebab tak semestinya benda yang mahal berkualiti
cuma kita kena pandai cari
kalau benda tu murah pun boleh dapat yang elok
dan yang penting sekali selesa
kedai biasanya akak tak kisah. tak kisah mana-mana
takde nak pentingkan jenama
online pun boleh,  beli kat kedai pun boleh
asalkan tu akak cakap tadi
yang penting selesa

: : wanita-wanita yang ditembual tentang fesyen wanita. jenama, harga atau trend. yang mana satu pilihan kalbu? : :
cam biasalah, abaikan suara saya yang nyaring dan macam  nak nangis tu.
sudah ditakdirkan suara ku begitu 🙂

 

7 thoughts on “Saya di Bisnes Alternatif Astro Awani :-p

Comments are closed.