Lunch di Coliseum Cafe

hari jumaat lepas saya keluar dengan ita.
lama gila kot saya tak keluar dengan ia.
memula tu asalnya berborak kat sametime office ni je ha.
pastu cam ahhh susahnya nak gossip gossip dengan menaip ni.
informasi lambat sampai.
so terus set jom je la keluar lunch.
lagipun hari jumaat lunch lama kan.
so decide ke jalan TAR.
memula ingat nak lunch kat nasi padang depan sogo tu, tapi meramai.
konon nak tunggu kejap.
jalan ke depan sikit. ke kedai tudung.
ita sudah tunjuk saya kedai tudung yang dia selalu pegi.
harga pun murah murah berpatutan. tq ita!
sebab saya ni selalu nak beli tudung tapi taktau nak beli kat mana tau.
so lepas lepas ni boleh terjah sini je.
ada syria cotton, inner, awning, eh macam-macam lah.
dah alang-alang sampai ke belakang tu tetiba tukar plan.
ita ajak lunch kat coliseum cafe.
ni pun bapak lama hoh saya tak datang.
rasanya lama dulu masa saya kat myclear.
KSL belanja saya makan steak kat sini.
so ke sini lah kami coliseum cafe.
masa sorang adik waitress tu amik order, saya dok fikir fikir.
macam penah tengok je adik ni.
lalu saya suarakan lah pada beliau.
pastu dia kata ‘akak keje B** kan. saya dulu keje kat cafe sana”
ooooooooo patutlah kata saya dan ita serentak.
rupanya ada lagi 2 orang staff cafe B** dulu dah keja kat sini.
kisahnya khenn..
nama makanan semua pun dah lupa.
tapi ita makan nasi goreng. saya makan bihun goreng.
pastu up pencuci mulut goreng pisang dengan aiskrim dengan madu.
sedappppp.
dan bertambah sedap sebab ita yang belanja!
tq ita! *hugssss
korang kalau nak try makan kat coliseum cafe ni, sila lah.
alamatnya 98 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.
macam tak membantu je alamat ni kan? he he. korang google ah.

9 thoughts on “Lunch di Coliseum Cafe

Comments are closed.