Blog Maya Dot Com

Ku Petik Dosa

Ku Petik Dosa di TV 3 (30 September 2012, 9.00malam)
Aina dan Haris berkahwin pada usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh. Aina mengambil keputusan untuk kembali bekerja apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta. Qaseh telah dihantar ke rumah jirannya, Kak Sal.
Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk bekerja siang dan malam. Suami Kak Sal, Khalid yang terlalu mengikut nafsunya telah menodai kanak-kanak yang masih kecil itu. Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa kemarahannya terhadap Khalid dan merahsiakan hal tersebut daripada Aina dan Haris.
Perwatakan Qaseh mula berubah menjadi penyedih dan pendiam. Kebetulan Aina sedang mengandung anak kedua maka perubahan Qaseh dianggap merajuk dan merasakan dirinya tidak disayangi. Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga dia selalu demam dan akhirnya muntah darah dan pengsan. Aina mengejarkannya ke hospital dan terkejut apabila pihak hospital mengesahkan Qaseh didera dan dirogol.
Pelakon: Fasha Sanda, Fadilah Mansor, Zaidi Omar, Farah Nadia, Fikree Bakar
siapa tonton cerita ni hari ahad lepas?
sedih gila kot!
saya sampai macam tak sanggup nak tengok.
tapi tengok jugak la sampai habis.
binatang betul perangai orang yang macam ni.
kalau yer pun kau dah bernafsu sangat, pegi la cari pelacur kat luar sana.
ini budak kecik yang umur 6 tahun kau nak rogol.
emosi betul saya.
bila last last budak perempuan tu mati, lagi la.
mengongoi ngongoi saya menangis.
semoga anak-anak kita dijauhkan dari malapetaka sebegini.
selalunya perogol kanak-kanak ceni dan mengakibatkan kematian plak, apa hukuman dia eh?
penjara je ke? atau pun hukum gantung sampai mati?
korang kalau nak nonton pegi kat www.tonton.com.my yer.
saya vote ku petik dosa untuk anugerah skrin tahun ni!
harap harap fasha sandha & farah nadia menang anugerah!

    6 thoughts on “Ku Petik Dosa

    1. shera

      tengok dengan perasaan bercampur baur. terus teringat kat anak2 buah yg dihantar ke pusat jagaan. risau giler. abeh je cite tu terus google psl hukuman utk perogol – sebat sampai koyak rabak bontot. tapi mcm tak setimpal jek.