Jiran Sebelah yang bernama Ayin

jiran sebelah rumah saya ialah sepasang suami isteri muda.
muda yang saya rasa bawah 25 tahun lah.
masa mula-mula diorang pindah sini dulu setakat senyum senyum gitu je lah.
takde borak sangat.

tapi sejak yang perempuan tu pregnant dan bersalin, rasa macam dekat pulak.
masa mula-mula saya dengar suara anak dia menangis, subhanallah… menusuk jauh ke dalam hati saya.
rindunya nak dengar suara baby menangis.

sekarang anak dia dah besar sikit dah.
dalam 7 bulan macam tu. dan sangat ramah.
petang petang ayah dia bawak naik kereta kecil, main la dia dari hujung ke hujung.
rumah saya apartment, dan saya duduk tingkat 18 ya.

oh nama baby ni ayin.
dia ramah dan tak takut orang.
hari tu kebetulan terserempak dengan dia dan ayah dia kat depan rumah.
saya sua tangan, terus dia pun depa tangan jugak. nak kita ambil.

apa lagi, saya bawak la masuk rumah saya.
saya bukak ipad, pasang doraemon. tapi kejap je ok nya, bila saya bangun nak tutup pintu, terus meraung.  oooo tak boleh kena tinggal eh?
terpaksa la pulangkan. sian mak ayah dia baru nak berdua-duaan.

yang ni masa diorang buat jamuan hari raya.
macam comel pulak rasa pakai baju bersiap-siap, pastu pergi rumah sebelah he he.
ayin ni memang selamba dia je merangkak sana sini.
atas riba orang semua dia redah.

nanti bila cuti sekolah yaya & caca datang rumah saya, saya nak kidnap ayin ni lagi.
bila dia balik dari mana-mana, kadang terdengar suara dia batuk, nangis, gelak.
saya rasa sayu. dan rindu.

7 thoughts on “Jiran Sebelah yang bernama Ayin

  1. insya Allah beb ade rezeki korg nnt
    syahdu plak aku baca entry ni
    aku pn rindu nk pregnant, nak jaga malam pujuk baby nangis nk susu
    tp aku redha, ada sorg ni pn syukur sgt2..

Comments are closed.