Family Day AGJ di Sunway Lagoon

sabtu lepas ada family day untuk sektor office saya ni ha kat sunway lagoon.
so pegi lah.
konon nak gerak dalam pukul 8.15 pagi.
sampai ngam-ngam pukul 9 pagi.
sebab pukul 9 majlis mula.
tapi begitu begini. dengan jalan jem bagai.
sudahnya lagi 5 minit nak ke pukul 10 pagi baru ler sampai.
sempat la jugak campakkan potongan kad lucky draw dalam bowl.
tapi lucky ke tak?

: : kad jemputan, doorgift berupa tikar yang cantik, voucher makanan dan tiket masuk : :
dah la sampai sampai tu cam kepeningan nak parking kereta kat mana.
masuk dalam hotel pyramid tower tu.
turun sampai bawah sekali. phewww nasib baik la betul.

: : semua pun berfamily day : :
sampai sampai tengok tengah ada senamrobik.
eh ingatkan pukul 10 baru mula?
ah takpe. usha usha nampak kak gee dengan khairy.
terus tumpang table diorang.
dan terus bersenamrobik together gether.

: : bersenamrobik dengan memakai spek hitam. kelas kau maria : :

: : @normaya11 & @ckzalmi. encik z ada twitter sekarang. kelasss. tapi takyah nak follow dia sangat lah :-p : :
lepas dah breakfast, gerak ke tempat lain pulak untuk telematch.
share kolam dengan company e perolehan.

: : kakwan, me, kakgee : :

: : with my lovely boss, kak as & her lovely daughters, nadirah & sarah : :

: : heee : :

: : saya jadi photographer je. tak main game apa pun. malas nak berbasah-basah : :
encik z memang kenal je semua staff lelaki kat department saya ni ha.
so tak de hal nak join main game itu ini.
dia main 2 game je. game kepit bola dan game berenang atas pelampung LOL.

: : tarik tali! uhuu : :

: : sebahagian dari staff di department saya : :

: : penolong gabenor kesayangan ramai : :
untuk 2 game encik z main ni dapat la 2 hadiah berupa cawan dan mug.
ok la untuk fun fun kan.
tapi sebenarnya family day kat theme park ceni sesuai kalau ada anak-anak/budak-budak la kan.
kita kita yang dah kertu ni idok ler rasa nau.
tapi nak buat cemana, dah anak saya jauh nun di utara tanah air kan.
takkan nak meminggirkan diri plak terus dari family day begini.
dah habis acara telematch bagai, balik semula kat surf deck.
ambil makanan untuk lunch pula.
walhal yang breakfast tadi pun saya tak habis makan lagi huhu.
diumumkan lucky draw. saya sokmo tak lucky.
kak gee dapat handphone samsung S3! cissssss.. jelesss..

: : sebahagian dari staff under sektor AGJ : :
tudung yang saya pakai tu adalah syria cotton yang saya jual tu.
saya mix n match guna inner warna biru tua.
berminat nak beli? email myasefia@yahoo.com 🙂

3 thoughts on “Family Day AGJ di Sunway Lagoon

  1. Malakoff buat staff family day tahun ni kat Penang..along x pi pun…x sihat masa tu..ni dania meronta2 ajak pi Sunway lagi…tgok la…mcm jemu plak…tp mcm mya ckp la..bebudak suka…

Comments are closed.