Bercinta di Sunway Lagoon

lepas tamat acara family day tu takkan nak balik terus kan.
rugi la bank dah bayar. kalau sendiri nak bayar, mungkin fikir lapanploh kali.
so mari lah kita berjalan-jalan dahulu.
quality time bersama suami. gituuuuu….
memula bagi can malican kat encik z nak mandi manda.
saya duduk tepi jaga beg di bawah panahan terik matahari.
dia mandi tak lama pun dalam setengah jam.
pastu gi tukar baju. saya pun tukar baju juga.
terus ke zulu walk.
saya rasa macam saya tak pernah je masuk zulu walk ni.
dulu dulu family day selalu pun cam terhenti kat water park je.
pastu terus balik. kot la ek. ke penah gi sini? tah la. hilang ingatan.
urat banyak putus. dan dan salahkan urat.
dalam zuluwalk ni letak beg dulu.
yer la dengan makanan 4 bekas. beg encik z, beg saya.
takkan nak heret ke sana ke mari pula.
sewa locker RM5.
dalam zuluwalk ni ada wildlife.
di mana terdapat pelbagai jenis binatang dalam ni.

: : hairless mouse, guinea pig, ular, iguana : :

: : cicak tokek dan pelbagai jenis ular : :
pastu jalan ke depan sikit. tak silap saya petting zoo kot namanya. tak ingat.
tapi tak berapa best kot sini. cam surammm je.
ada la binatang cam kambing, landak, ayam, arnab, kura-kura, monyet dan harimau.

: : sessi bercakap dengan kambing : :

: : oooo inilah namanya janggut kambing yer : :

: : ini gajah tipu. gila kau nak amik gambar ceni kalau gajah betul. mau penyek : :
keluar dari wildlife terus jumpa amusement park ni.
encik z nak main 2 permainan ni. ah gasak.
dedua pun berpusing 360 darjah.
saya pernah naik kapal ni dulu.
dan tidak akan sama sekali saya naik lagi. nehiii..
takut plisss…
kalau nak masuk scream park ni kena bayar lain. RM25.
rumah hantu kot. say no to rumah hantu!
kang jadi lagi insiden menjerit macam perempuan gila macam kat bukit merah & BTS dulu. huhu.
kalau la kata terserempak robot ceni betul betul, mau mencicit lari tak cukup tanah.
ronda ronda lagi dalam tu pastu encik z ajak naik jambatan panjang ni ha.
walaupun masa ni kaki saya adoiyaiii sakit sudah.
tapi bila lagi pun kan. so pepelan jalan.
sambil berpimpinan tangan. ceyy ceyyy ceyyy..

: : muka kerut sebab panas : :
sampai hujung tu tengok ada couple tengah tunggu turn nak buat bungee jumping.
kitorang dan ramai lagi orang cam tunggu la nak tengok kan.
bapak lama hoihhh yang perempuan tu nak kumpulkan semangat.
dekat 15 minit kot berdiri.
dan akhirnya u jump i jump!

: : cayalah korang! : :
pukul 5 petang camtu kami pun bergerak pulang.
hari yang indah bersama sahabat & suami 🙂

8 thoughts on “Bercinta di Sunway Lagoon

  1. pesal akak n en z x join bungee jumping tu? takut ke hehehe
    saya pun ada gambo kat jambatan tu..time dulu2

  2. wahh seronoknyaa ke Sunway .. memang happening
    akak pernah ke sini 18 tahun dahulu .. jaman belajar di KL
    skrg dah banyak yg berubah lahh
    rasanya kena gi sekali lagi nie 😉

Comments are closed.