Bawal, Tongkol & Sotong

hari tu kan saya ada cerita teringin nak makan bawal power tu, tapi kedai tu tutup tu kan.
lepas tu saya ada berikrar nak buat bawal power sendiri kan? (amboi berikrar bagai)
haaa.. last week saya pun beli lah ikan bawal yang terdapat di kedai runcit B & O dekat dengan rumah saya.
ada 3 ekor ikan bawal besar.
saya pun ambil la seekor yang elok rupa parasnya.
masa bayar tengok harga RM14 sekor. pengsan.
tapi teringin punya pasal. zasss je lah.
sampai rumah saya termenung tengok bawal ni.
saya tak pernah siang bawal kot!
saya dok fikir sisik sisik dia ni kena buang ke eh?
kebetulan ernie call saya. lalu saya pun meminta khidmat nasihat dari beliau.
dan beliau mengarahkan sisik itu dibuang.
terbang terbang sisiknya bila saya kikiskan.
sudahnya buang sisik dalam toilet hoih.
yer la sinki rumah saya kecik kot.
dah siap bersilat menyiang ikan bawal yang belum dapat dipastikan ke power annya, saya perap dengan kunyit dan garam buat beberapa ketika.
lepas tu campak dalam kuali dan goreng.
minyak tak berapa penuh sebab minyak dah habissss.
so saya curah mana ada je lah.
heyyyy bapak susah hoihhh nak goreng bawal ni.
asyik melekattt je kat kuali.
dah la kuali ku cap ayam.
kena cari kuali cap tefal la pasni. #tetiba
kesudahannya bawal saya hancur kot *nangisss

: : bawal yang cacat tsktsktskktskskk. sib baik sedap jugak : :
oleh sebab minyak masak masih banyak yang bersisa, hari sabtu ajak encik z pegi pasar malam kat area rumah saya depan tasik tu.
ingat nak beli la apa-apa ikan yang selalu orang jual 3 10 ringgit tu.
tapi banyak ikan pun mata memerah.
last last saya ambil ikan tongkol ni je sepinggan RM4.
lepas balik baru fikir saya tak pernah siang ikan tongkol kot!
pffftt..
sudahnya saya siang kerat kerat.
kepala saya campak buang. 4 ekor semua saya kasik potong.
perap dengan kunyit dan garam, hah pastu campak je la.
bagi garing betul.
dan nasib baik jugak sedap he he he.
ini plak sambal sotong.
saya memang menggagal masak sotong.
semedang liat.
sebab cam taktau nak masak berapa lama.
tapi practice makes perfect kan.
so taraa… jadi je.. sedap jee… :-p
entry lite-lite di pagi hari isnin.
selamat bekerja! 🙂

6 thoughts on “Bawal, Tongkol & Sotong

  1. ikan bawal mmg mahal…skg sekilo jer cecah 20 lebeh….kalau rasa takot goreng ikan kuali melekat..basuh gosok2 kuali tuh ngan steel pencuci periuk tuh kasi sental2 sikit…masa mengoreng betui2 panaskan minyak..jgn panas sbb api kuat..nanti masuk ikan terus hangus….satu lg..xmau ikan melekat kat kuali time mengoreng…campakkan 2-3 asam keping dalam minyak tuh…insy’allah..kurang melekatnya..but still nampak rupa paras ikan…
    kalau saya siang ikan bawal semua sirip2 tuh saya buang..pakai gunting pun buleh…ekor kasi cantas sikit..bru molek…tak pe..untuk percubaan kan..next mesti dah terer.. ..selamat memasak2 😉

  2. petua kalau taknak bagi ikan melekat kat kuali ketika menggoreng ialah masukkan 2-3 keping asam keping dlm minyak panas (basuh dulu)….berkesan kalau goreng ikan keli, sbb ikan keli suka meletoo-letop gitu, abis tangan makcik..sebelah pegang sudip sebelah pegang kain buruk, sambil goreng sambil lap dapur… (H)

Comments are closed.