Yang Tiada & Masih Ada

syawal ke 8, hari ahad.
kaklong roger-roger ajak pi beraya rumah we & chu.
sementelah saya pun takde buat apa (selain plan nak ke rumah amy), saya pun kata ok ai follow.

pagi tu pegi segambut dulu. melawat kubur abah.
tapi takde la pagi sangat. janji melayu tau abang long ni.
kata sebelum pukul 10 pagi. sudahnya sebelum pukul 12 tengahhari.
sabau je lah.

batu nisan yang ada nama abah tu dah retak.
sayu benar hati saya rasanya.
insyaAllah nanti nak tong tong adik beradik nak buat yang baru.
semoga Allahyarham Mukhtar Abd Rahman dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, insyaAllah.

dari kubur kami lunch kat gerak 21, kampung baru.
ala restoran yang ada memacam lauk pauk kampung ulam bagai tu.

lepas makan gerak ke taman dato senu sentul, nak ziarah we, kakak kepada arwah abah.
dia dah tak berapa sihat nak gerak ke sana ke mari, tu yang kami makan sesiap takmau susahkan dia.
tujuan kami adik beradik sebab nak menziarah.
pastu turun ke kedai dobi bawah flat tu ingat nak jumpa kak ros, sepupu kitorang yang paling tua.  tapi dia takde kat kedai plak, takde rezeki nak jumpa.


: : budak demok : :

tilam tu saya bawak sebab nak bagi kat adil.
dia baru pindah rumah, serba serbi takde.
lagi pula tu tilam kaklong sebenarnya.
dah lama terdampar sepi kat rumah saya sejak dari caca kecik-kecik dulu.
dari sentul gerak ke sungai pusu gombak. rumah pakchu.
adik bongsu arwah abah.


: : kucing  yang menggarang meroyan macam nak mencakau orang romannya : :

20 ogos, raya ke 2 hari tu birthday caca yang ke 5 tahun.
so saya beli la patung barbie tipu bagi kat dia.

boleh dia kata ‘alaaa kenapa mommy bagi yang ni. caca dah ada la’
sentap hati mak nak.
bila saya jeling baru dia kata ‘caca suka ni, tq mommy’
bodek nombor 1.


: : pura pura ke betul betul gembira ni? u tell me caca : :

semoga kasih sayang ini berpanjangan, insyaAllah. (L)

3 thoughts on “Yang Tiada & Masih Ada

  1. syahdunya tgk kubur arwah u sis…terus teringat kat arwah ayah saya…huhu…

    sama2lah kita sedekahkan al Fatihah pada arwah yg telah tinggalkan kita…

Comments are closed.