Suami Isteri Di Dunia. Suami Isteri Di Akhirat

arwah abah meninggalkan kami sekeluarga ketika umur mama 38 tahun.
di usia 38 tahun, menjadi balu. dengan 3 orang anak.
tidak bekerja.  di kuala lumpur.
saya rasa itu agak sukar bagi mama.
tapi mama berjaya membesarkan kami.  sehingga kini.
usia beliau sudah 57 tahun.
19 tahun lamanya mama berseorangan.
tak sunyikah dia?
mama taknak kahwin lain ke?
ada orang nak kan?
mama taknak.
tapi kenapa? kami adik beradik tak kisah.
buat apa mama nak kahwin lagi?
mama ada anak-anak.
duit pencen arwah abah cukup untuk mama sorang.
mama tak perlu susahkan sesiapa.
dan mempertaruhkan nasib berkahwin dengan orang yang mama tak tahu latar belakangnya.
dan paling penting.
mama nak berjumpa kembali dengan abah di syurga nanti, insyaAllah.
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
“wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.”
Rasullullah SAW bersabda ” Tiada si bujang di dalam syurga” (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.”
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
“Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga”
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
“Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.”
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
“Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga”
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
“Wanita ini akan kekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga”
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
“Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda. “wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir”.
jikalau ditakdirkan Encik Z pergi dulu, adakah mampu saya bertahan sehingga 19 tahun lamanya atau lebih lagi sehingga ke akhir hayat saya?
mampukah saya bertahan untuk bertemu semula dengan suami saya ini di syurga?
atau sebaliknya?

14 thoughts on “Suami Isteri Di Dunia. Suami Isteri Di Akhirat

  1. Ramai wanita yg still tak kawin after kematian suaminya..
    my sis ada dua org yg menjadi balu.. yg sorang sudah 17thn, dan sorang lagi sudah 10 thn. masih membesarkan anak2nya. Alhamdulilah mereka tabah.
    my mum juga sudah 8 thn lebih menjadi balu. ada anak2 cucu cicit sudah membahagiakan my mum. Cukup memberi erti utk mereka. Alhamdulillah

    • betul lah tu lyn.
      ramai jugak sebenarnya perempuan yang tak kahwin lain lepas suami meninggal.
      selalu yang kahwin lain tu yang bercerai je macam i heheh..

  2. tabah sungguh mama ko kan
    sayang btol dia dgn abah ko..semoga mereka kembali bersatu kt syurga

    Al-fatihah

    *kalo aku….ntah la kan..*

    • itu la tu.. tabah sgt dia.. haishh..

      lepas dia cakap gitu, sekarang hari2 aku doa supaya dia dpt jumpa abah aku balik di syurga. dan tentu lebih indah kalau kami sekeluarga bersatu semula di syurga nanti.

      kalau kita? hmm.. susah nak kata kan..
      bukan tak cinta kan suami, tapi masa2 depan kita taktau..

  3. N3 ni buat I nangesss… Kuatnya semangat seorang perempuan ye… I pun terfikir, mampukah aku? Tapiii… semoga kita2 semua menjadi suami isteri di dunia hingga ke syurga… Aminnn..

    • huhu.. i pun rasa sebak juga..

      tu la kdg2 i berharap i yang pegi dulu.
      sbb kalau i pegi dulu, kalau encik z kahwin lain pun i masih dpt jumpa dia di syurga kan? huks..

  4. ohhh entri yg sungguh menyentuh kalbu…
    sangat tabah mama mu…
    pengajaran: aku ingin menjadi ahli syurga, semoga dapat membawa isteri bersama ke dalam syurga.
    Tapi camne kalau… (Pae sila jangan kawen lain..) hehehe…

  5. kite taching dgn no 1 tu 🙂

    rasanya akak x kawen kot…x sampai hati nk kawen lain…mak kt n mak akak sama…malas nk susahkan hidup.dah tua2 dok sorang2 sbb ada anak2 :p

    tapi tak tahu la kalo tetibe mak meroyan nak kawen….kt bantah!hahahha

    • so bagi wanita yg tak berkahwin, jgn bimbang.
      akan dapat suami juga di syurga nanti 🙂

      akak pun harap akak tak kahwin lain.
      akak nak jumpa encik Z di syurga. huhu..

  6. Ibu mertua saya jadi ibu tinggal sudah 37 tahun. Pak mertua meninggal masa dia umur 29 thn, tiga tahun dan anak yang bongsu aka suami saya, 6 bulan. Bila saya tanya…jawapan dia sama mcm mak Maya. Saya memang mengagumi semangatnya.

    • **Edited
      Ibu mertua saya jadi ibu tunggal sudah 37 tahun. Pak mertua meninggal masa dia umur 29 thn, tiga anak dan anak yang bongsu aka suami saya, 6 bulan. Bila saya tanya…jawapan dia sama mcm mak Maya. Saya memang mengagumi semangatnya.

  7. sob sob.biasanya perempuan mmg susah nak kawin lagi kan berbanding org lelaki kalau pasangan diaorg meninggal dunia.ni pendapat sy je..he

Comments are closed.