Penghujung Syawal

dah masuk zulkaedah pun.
tapi takpelah kan. entry penutup syawal untuk tahun ni 🙂
29 syawal.
pegi open house ita & yanin kat bukit gasing PJ.
bila dah masuk belah dalam baru saya cam recall memori daun pisang.
dulu dulu saya sokmo jugak panjat naik bukit gasing ni.
dengan kaklong dan housemate dia kat vista angkasa dulu, kak ijan.
boleh nampak pemandangan KL yang cantik.
besoknya dah 1 zulkaedah :-p
cuti hari malaysia.
pagi pagi tu saya masak nasi lemak.
ntah apa mimpi moon tah tetiba nak try masak nasi lemak.
walhal saya mana reti dan tak penah masak kot!
kesian kan saya. umur dah 33 tahun. nasi lemak pun tak reti buat. huhu.
berbekalkan resepi di internet, saya pun memulakan langkah.
tapi saya sudah silap percaturan. air kurang.
jadinya nasi cam keras. lalu saya adjust sendiri.
masukkan secawan lagi air. masak lagi sekali.
dan alhamdulillah, menjadi! yey..
cuma cuma cuma. lepas baca tweet iera, baru saya perasan.
haah la saya tak letak garam dalam nasi ni. he he he.
takpela percubaan pertama. kan kan..
cuma kurang sempurna nya nasi lemak saya ni sebab takde kacang dan telur rebus.
sebab dua-dua objek ni kitorang berdua tak berapa minat.
so encik z kata takyah. lalu saya buat telur mata kerbau dan goreng kepak ayam je.
lepas makan, wow! boleh tahan sedap jugak saya masak hewhewhew
lepas zohor gerak ke puchong.
makan-makan kat rumah salleh & tasha.
saya ingatkan kot open house jugak lah.
rupanya birthday anak diorang, naufal.
lerrr awat tak habaq.
kalau habaq boleh jugak saya belikan prezen untuk naufal.
huhuhu..
encik z, rahmat & salleh.
salleh baru tau yang saya berjiran dengan rahmat.
rahmat kerja satu bank dengan saya tapi sekarang cuti belajar.
dia tingkat 10, saya tingkat 18 😀

: : umi pun ada. dan tasha yang manis : :
dari rumah salleh, gerak ke rumah adil plak kat SK.
plannya konon nak gotong royong masak sesama.
tapi sampai sampai tengok dengan bihun sup nya, dengan rojaknya.
saya bawak buah melaka. cey cey ceyyy mementang dah tau buat.
tak lama lepas tu bulat & wani plak sampai.
diorang beli murtabak plak.
hah makan lepak borak sampai lebam.

: : caca, mia & kasyah : :
ok cerita syawal saya tutup di sini.
sekali lagi saya mohon maaf zahir batin pada semua pembaca blog saya kalau ada apa-apa terkasar bahasa dalam penulisan saya dan ada menyinggung perasaan korang.
yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.
panjang umur insyaAllah bertemu lagi kita syawal tahun depan 🙂

6 thoughts on “Penghujung Syawal

  1. wah abis jugak cerita raya ko kan
    aku ni rasa ada lg kot entry raya x publish lagi
    hahaha..later2 la
    tak pun raya haji kang sambung

  2. sendiri masak sendiri puji lah kan..sama lah sy, hehe. x pe kak..jgn risau..sy dh 28 thn pon x pndai gak msk nasi lemak.

  3. terkenang masa kita dok bujang kat vista.. kiki.. hujung-hujung minggu kami selalu masak nasik lemak banyak-banyak dan kita makan ramai2.. alahaaaaiii.. hiks..

  4. best kan dpt masak bende best..pastu menjadi..hehe..tp kak tak taruk garam rase tak lemak nye?sy taruk gak garam lepas nasik siap masak masuk bekas lain n tabur garam n gaul..hehe..sy punye nasik lemak aritu pulak xde timum n kacang..:)

Comments are closed.