Kemalangan 3 Buah Myvi Dan Sebuah Motosikal

ok ini cerita accident yang hari tu saya janji nak share.
sorry la lambat. tapi better late than never kan? cewah kata ku berbahasa Inggeris.
kejadian lepas saya balik dari open house janet.Β  2 september 2012. kira-kira lebih kurang dah lebih 2 minggu la.
baru 10 minit macam tu kot gerak ke jalan besar. lebih kurang pukul 1 tengah hari.
saya pun tak tau jalan besar ni consider highway ke bukan. rasa tak kot.
kitorang ada kat lane laju.
jarak kereta saya dengan kereta depan tidaklah dekat pun.
tapi tau lah lane laju kan. semua kereta pun melaju kot.
tiba-tiba kereta myvi depan kereta saya brek mengejut.
saya masa tu memang pandang depan, so memang nampak betul lah kereta depan tu brek.
encik z sempat brek secara mengejut jugak.
myvi saya stop bebetul belakang myvi depan saya tu.
jarak dalam beberapa inci kot.
baru nak tarik nafas lega tiba-tiba ‘bannnnnnnnnnnnnnnnnnnnggg’
saya dah “ahhh sudah”
tapi ingatkan kot kereta je lah hentam belakang.
saya tengok side mirror. nampak sorang lelaki dah terduduk.
darah dah mengalir kat muka dia. duhhh…
cuak gila saya kot.Β  saya bukak pintu keluar encik z terus jerit ‘jangan keluar! masuk masuk!’
saya pun masuk balik la dalam kereta duduk.
rupanya encik z takut bila saya keluar kereta laju ke apa kan. tak pasal plak.
bila tengok keadaan selamat baru saya keluar.
cermin kat helmet dia dah pecah. darah dalam mulut dia huhuhu..
orang ramai cuba bangunkan dia dan alihkan kan ke seberang jalan.

: : darah πŸ™ : :

: : motor πŸ™Β  : :
saya call ambulans guna handphone awek cina yang brek mengejut tu.
sib baik dia pandai jugak dail. tapi dia tak pandai cakap melayu sangat.
dia pass handphone kat saya.
first time kot pengalaman cakap dengan hospital. nervoussss.
cik tarik nafas cik. beritahu saya di mana tempat kejadian.
macam mana keadaan mangsa cik? dia masih bernafas?
bagaimana dengan pendarahan?
jangan beri dia makan atau minum.
jangan gerakkan kaki dan tangan dia cik.
like seriously???
ceritanya kereta myvi yang depan saya tu kata dia brek sebab kereta depan dia yang brek.
tapi kemudian kereta dia depan tu blah cam tu je.
tah la taktau kenapa dia brek. nak kata jalan jem memang tak.
laju je semua.
saya saspek dia race kot? main cucuk-cucuk?
kereta myvi depan saya tu drivernya perempuan cina muda.
kereta dia tak teruk.
belakang kereta saya plak myvi jugak.
cina jugak. tapi lelaki.
dia plak kata dari jauh dia nampak encik z brek.
so dia sempat bagi signal ke kiri.
tapi lepas tu terpaksa brek mengejut jugak sebab mamat motor tu dah jatuh.
sib baik la tak gilis. aduhai..

: :Β  bertukar nombor handphone dengan awek cina tu sebab dia nak cepat : :

: : mamat motor itu. mintak maaf bang πŸ™ πŸ™ : :
kejadian berlaku betul betul kat depan cheras autocity sdn bhd ni.
cheras, batu 6.
tak berapa lama lepas tu ambulans pun sampai.
dalam hmmm.. kurang dari 10 minit.
kitorang tak follow ke hospital dengan keadaan myvi saya yangΒ  hmmmm.. πŸ™
lagipun apa-apa baik buat police report dulu.

: : kalau tak tinted mau berderai kan? : :
kami terus je ke balai polis trafik jalan bandar nak buat report.
tapi boleh plak system down. ingatkan kejap je. rupa berejam rejam.
polis tu kata takpe balik dulu. datang balik malam-malam sikit.
so encik z pun slow slow drive myavi balik jasmine.
malam tu saya call balai polis tapi system down lagi katanya.
esoknya saya EL. memula hasrat hati EL lah tapi lepas tu baru rasa badan sakit-sakit.
pergi klinik mintak MC dan ubat.
pergi balai polis buat report.
pergi office nak ambil geran dengan cover note insurance.
zasss ke takaful untuk buat claim apa semua.
malam tu adil datang jasmine. dia dengan baik hatinya nak pinjamkan kereta dia pada saya dengan encik z.Β  alhamdulillah.
besoknya baru tow truck datang tarik myavi kat jasmine.
petang tu lepas office saya ajak encik z pegi hukm cari mamat motor tu.
so pegi lah kami.
tapi sebab kitorang tak tau nama mamat tu, jadi pencarian adalah buntu.
sib baik encik z terfikir nak cek kat emergency.
rupanya mamat tu orang myanmar. dia masuk hospital guna passport.
dan yang lebih mengejutkan dia dah keluar dari hospital. dia blah macam tu je.
hmmm…Β  apa nak kata.
saya cuma harap dia tak alami kecederaan teruk. dan harap dia dah sembuh di luar sana.
saya mintak maaf yer bang.Β  abang berada di tempat yang salah pada masa yang salah πŸ™
saya bersyukur cuma myvi yang teruk tapi saya dengan encik z ok.
dan alhamdulillah waktu kejadian ni cuma kami berdua je.
saya bayangkan kalau ada yaya, caca atau mama kat belakang.
nauzubillah.
saya redha dengan ujian ini.
saya percaya Allah uji saya sebab nak bagi wake up call pada saya.
ada masa saya terlupa pada Dia.
saya juga percaya dengan ujian ini akan lebih mendekatkan saya pada Dia.
alhamdulillah. saya bersyukur πŸ™‚
terima kasih pada korang yang sudi bertanya kan khabar.
dan mendoakan yang baik-baik untuk saya. cuma Allah SWT saja yang dapat membalasnya.
(L)

12 thoughts on “Kemalangan 3 Buah Myvi Dan Sebuah Motosikal

  1. uisshhh.. memang tak nampak salahnye kat mana, it just happen. takpelah.. yg penting semua selamat.. kete rosak bole direpair, nyawa nan satu ditatang jua *tetibe*

    *hulur air masak segelas*

  2. alhamdulillah..uols berdua selamat…andainya ada budak2 tuh kt belakang..aduhhh leh ngeletar lutut…saya penah alami eksiden kete…so dah tau bagaimana rasanya ketika hentaman itu…tetibe rasa panas badan..ngeletar lutut..sampai pegang hp pun ketar2 nak dail…dada rasa nak pecah…so kene cool…tarik napas…bru ok sikit ;-(

  3. Mmg truk kete akak motor tu hentam yek? motor jek blh jd mcm tu kan,msti dia pon speeding…klu ikutkn xde salah akak pon sbb dia motor x spatutnya ade kt lane paling laju tp bnda nk jd kan…Yg penting akak suami isteri selamat..tp blh ke claim insuran,sbb slalunya akan claim atas motor tu kan,da dia org Myanmar camana yek?

  4. erm..bgenang air mata jap..ntah ape kess cepat sebakk klu baca bab2 eksiden ni..
    nauzubillahiminzalik, harap dijauhkan perkara2 begini pada ahli keluarga kita yerr..
    alhamdulillah akak n suami ok..harap myvi pon ok jugak nanti (=

  5. Mamat tu blah camtu je sbb dia warga asing..nanti kena bayar mahal walaupun pegi hospital / klinik kerajaan..beratus jugak kena

Comments are closed.