Ke Matta Fair & Ke Kajang

syawal ke 21. hari sabtu.
saya pergi pwtc. matta fair!
tujuan utama adalah untuk mencari tiket/pakej ke legoland.
dan juga mengsurvey pakej ke chiangmai/chiangrai.
konon nak keluar awal la kan.
tapi takde nya. pukul 11 camtu baru keluar rumah.
11.40 pagi baru bebetul dapat masuk.
pusing pusing kat bahagian local dulu la sebab itu tujuan paling utama.
survey kat 2,3 booth. dan settled with pakej dari New Asia Holiday.
2 tiket dewasa, 2 tiket kanak-kanak ke Legoland.
1 malam di Grand Bluewave Hotel, Johor Bahru.
Breakfast 2 dewasa, 2 kanak-kanak.
Transfer dari hotel ke Legoland. Legoland ke Hotel.
RM686. ok kot?
sebab kalau beli sendiri, tiket dewasa dah RM140. darab 2 orang RM280.
kanak-kanak harga tiketnya RM110. darab 2 orang dah RM220.
tak ke total nya RM500?
so ambik je la pakej. termasuk hotel breakfast dan transfer lagi.
mama mungkin ikut jugak ni.
takpe tu nanti kita fikir lain.
pakej ke chiangmai/chiangrai saya tengok sekali imbas je.
ambil jugak la itinerary bagai.
nanti kena sit down and cari pakej yang bebetul cantik menarik tertarik.
cc @cik_saya
dari pwtc, zasss ke kajang.
mahu membeli tudung secara borong.
takpela tu nanti saya cerita lain kali k?
syawal ke 22.
saya ke kajang lagi.
kali ni ke rumah mantan boss saya, encik JM.
sebelum kat department sekarang, saya dulu kat MyClear.
serve JM lebih kurang 5 tahun setengah lamanya.
masa saya served dia dulu memang saya mengikuti je la perkembangan pembikinan rumah banglo dia ni.
dia tunjuk floor plan apa semua.
kontraktor dia datang bincang apa semua.
dan akhirnya 6 bulan lepas, dia dah pun selamat mendiami banglo ni sekeluarga.
dia siap bawak saya tour dalam rumah lagi.
memang besar lah. siap ada swimming pool lagi.
ada 8 bilik.
dapur of coz la dry dan wet kitchen.
eh dah nama pun banglo. mesti la best kan.
anak-anak dia semua saya kenal.
sorang tu dah umur 23 tahun dah pun. besar dah. boleh kahwin dah.
wife dia pun saya kenal.
rindu pulak kenangan kerja dengan JM ni.
dia baik. tak pernah marah ke tengking ke baling fail ke.
memang tak.
kerja pun tak banyak. kerja relax-relax je. enjoy je.
saya keluar dari myclear bersebab yer.
tapi tak perlu la cerita.
sekarang pun saya happy je kat department ni.
tapi kadang kadang ada jugak duka laranya *kesat airmata
tahun depan cukup 2 tahun. 🙂

: : saya lagi besar dari JM : :

: : berlatarbelakangkan banglo dan khemah yang macam kenduri kahwin : :
oh, ini salah satu tudung yang saya beli kat kajang tu.
instant syria cotton plain. selesa sangat sangat.
tapi anak tudung tu saya mix and match.
actually inner dan tudung datang satu warna.
nantilah macam saya kata, nanti saya up entry lain k?

11 thoughts on “Ke Matta Fair & Ke Kajang

  1. KALI NI TAK PERGI PON MATTA FAIR SEBAB (eh baru sedar tercaps lock pulak) thn 3 punyer belian ade 2 yg tak pergi lagi. siap let go dah 1, ade 1 lg. ohhhhh~ masa yg sgt mengekang… 🙂

  2. wah aku pn nk gi legoland tu
    tapi mahal ya hamat..nnt2 la kot ada rezeki terpijak ke kan

    eh tudung yg aku nk tu hold kan dulu ek
    jumaat ni aku insya Allah anta coi ke bnm so aku jmp ko time balik aci?
    bwk stok2 yg ada sekali
    tq bebeh

  3. ohh nak tau jugak borong kek mano tudung syria tu *sob sob* peliss..tgok akk pkai ckup selesa & menarik!

Comments are closed.