“Jangan beritahu dia ya..”

Dua orang wanita sedang duduk menikmati secawan teh, sambil bergosip.
“Siti, Hanum kata engkau cerita kat dia rahsia yang aku pesan kepada kau jangan cerita kepada Hanum. Betul ke?”
“Aduhai, aku dah ingatkan si Hanum tu, jangan beritahu kau yang aku dah cerita semua kepada dia.  Daripada bagaimana jiran kita tu  bising-bising maki abang long dia depan rumah sebab berebut harta tu sampailah kepada berebut geran tanah dan tak mengaku adik beradik.  Semua aku cerita.”
“Eh, tapi kau jangan beritahu dia pula yang aku dah beritahu kau, dia cakap kau yang sebarkan cerita itu kepada dia.”
Pengajaran :
Akal yang kecil sering bercerita tentang peribadi manusia lain.
Akal yang sederhana sering berbicara tentang peristiwa.
Akal yang besar pula sering berbicara tentang idea.
-Solusi Edisi 47