Gagak Sesat

hari jumaat 2 minggu lepas hari tu kan. ada burung gagak sesat masuk ke balkoni rumah saya tau.
masa tu saya tengah mengadap pc.
tetiba dengar bunyi dum dum *efek bunyi berdentum kat balkoni.
saya pun jenguk la.
ada seekor burung gagak hitam (ada ke burung gagak warna lain?) tengah tercengang cengang.
ok tercengang cengang tu saya agak je la kan.
terus kepala berdesupp berfikir.
burung gagak? masuk rumah? petanda buruk?
lalu laju-laju google.
terjumpa plak CERITA INI.
huhuhu.
google lagi.  jumpa KISAH NI.
google lagi dan lagi.
ini paling comel bola bola api.
kisah dongeng antara gagak & merak.
kredit KAT SINI.
berbalik kepada kisah burung gagak yang sesat ke balkoni saya tadi.
dia ada kat balkoni dari pukul 12 tengah hari macam tu.
sampai la ke pukul 3.30 petang lebih kurang.
tu pun saya dengan encik z nak keluar, dia ada lagi tau.
nasib baik saya balik malam tu dia dah takde.
kalau ada, huhuhu tak tahu lah.
saya sempat rakam video ni dan upload kat youtube.
sila abaikan pemandangan balkoni yang berkecah.
dan juga suara saya yang sedap sikit je dari itik serati.
oh saya cerita la kat encik z yang kata saya google tu.
burung gagak bawa petanda buruk/kematian.
knowing him mesti lah dia marah tak bagi percaya benda-benda tu.
tapi knowing me pulak yang suka risau ke bukan-bukan.
pastu hari ahad berlaku plak bencana pada saya & encik z.
macam mengiakan je kedatangan gagak ni.
tapi still. tak boleh percaya jugak. mungkin kebetulan. kan?

8 thoughts on “Gagak Sesat

  1. berpinau pala otaknya langgar pintu tu agaknya la. Tingtong tak dapat terbang. Org tua tua kata jangan tiru bunyi gagak bila dia berbunyi, nanti tlinga kau sakit, cam apa relevannya pun mek tak paham. #yangtidaktidakjeorangtuatuaduludulu :-[

Comments are closed.