Alaaaa…. Dah Takde :-(

last week saya balik taiping.
tumpang kereta abang long.
lepas office dinner dulu kat lanai.
pastu terus ke LEP.
gedebak gedebuk begitu begini, rasa-rasa lebih kurang pukul 11 malam jugak kot gerak.
dalam perjalanan saya memang tak sedar apa dah.
migraine. so mentido je lah.
sampai taiping dalam pukul 3 pagi jugak lah.
caca elok plak segar langsung tak tidur tidur dah sampai ke pagi. ish ish.
nothing much to story mory.
esoknya yaya ada kem solat kat sekolah dia.
tengah hari pegi ambik dia lepas tu gi giant beli bahan nak buat kek batik.
dan dipuji sedap oleh yaya he he he.
malam tu abang long ajak dinner.
dia nak belanja semua. dengan paknjang sekeluarga sekalian.
kami makan kat haryati tomyam kat kamunting.
sebelah dengan econsave.
baru ku tau kat kamunting ni ada econsave. kesian.

: : ada set. kitorang amik set C 1 : :

: : telur bungkus, daging masak merah, udang goreng tepung, tomyam, siakap : :

: : kerabu sotong, kailan ikan masin : :
memang banyak la makanan.
sedang ngam ngam soi dengan kami 8 + 2 orang ni.
tq abang long sebab belanja.
murah rezeki abang long 🙂
sepanjang saya makan, kucing sekor ni dok la kat tepi kaki saya.
dok pandang je saya. huhu.
saya ni bukan benci kucing ke hapa.
saya cuma tak suka. lain tau tak suka dengan benci.
tapi jangan risau, saya tak suka takde la sampai saya tendang ke hapa.
kalau saya tendang, mau pastu encik z plak tendang saya.
tapi tu lah dia.
benda yang kita tak suka tu la asyik dok tertenggek depan muka kita kan?
cats, i dont hate u. i just dont like u.

: : jemput makan, tambah nasi : :

: : kesayangan : :

: : yang asyik mengadap ipad : :
besoknya diorang semua pergi mandi sungai kat burmese.
saya tak ikut. sebab saya tolong mama masak kat rumah he he.
ni je la gambar yang adanya.
gambar mandi sungai langsung encik z tak snap walaupun saya dah pesan.
sabau je la.
petang kami keluar 3 beranak ronda-ronda taiping.
macam biasalah ingat nak pekena laicikang dengan black mountain kat kasyer tapi kasyer tengah renovate. alaaaaaaaaaaaa….
dah takde la peluang saya nak makan laicikang sedap tu.
uncle, mana uncle pegi??? huhuhu…
frust sentap terus ajak encik z balik. ;-(
malam tu konon kata nak bertolak balik lepas maghrib.
ding dong ding dong.
abang long nak tengok bola plak dah aterrr masa tu astro bagi semua channel free kan.
saya dah tertidur tidur dah.
last last pukul 11 lebih jugak la baru gerak.
pastu singgah LEP plak ambik kereta kan.
hari tu tinggal kereta adil kat situ.
sampai jasmine pukul 3.30 pagi.
tidur lebih kurang 2 jam je. bangun nak pergi kerja terus rasa macam adik beradik zombie.

6 thoughts on “Alaaaa…. Dah Takde :-(

  1. kucing ni mcm tau je sape yg x suka dia kan..kat org tu lah dia pandang n mintak makanan.
    sy pon sama cam sis, bukan benci kucing..tp saya geliiiii dgn bulu2 ni,hiks

Comments are closed.