3 Hari. 5 Rumah. 1 Kemalangan.

syawal ke 13.
open house kat rumah kuang kat ascot hill bukit rahman putra sungai buloh.
besar sungguh rumah ia. corner lot plak tu. harga? 6ratus ribu *pengsan
bila la gamaknya sampai rezeki saya nak duduk rumah besar cenggini.

: : encik & dan kuang, si tuan tanah kedaung  : :
: : kambing yang juicy sedap ku tambah 2 kali. heh : :
dari rumah kuang saya dengan encik Z ke ikea.
lalu membeli 4 jenis barang yang memang dah set di dalam kepala.
kemudian pulang. sebelum tu pekena cheese nan tandoori dan horlicks ice kat ali maju.
syawal ke 14.
wedding anak kak nordi kat sekolah menengah agama persekutuan kajang.
ada tapai! aaaaaaa suka. tapai favourite saya.
yer wanita tak molek makan selalu. mana ada saya makan selalu pun. huhu.

: : mak pengantin dan pengantin : :
dari kajang zasss ke kepong pula.
party raya nain & norma.
party sebab birthday party anaknya si husna.
raya sebab open  house raya la kan.

: : kaktin pakai tudung baru, saya pakai dress baru hewhew : :
yang baju purple tu kawan baru saya kat fb. hai syahrir *lambai.
masih muda bujang trang tang tang.
kalau ada anak dara berkenan, sila hubungi kaktin #eh
yang baju kelabu tu suami orang.
kalau ada yang berkenan, sila pergi meninggal dunia. eh?

: : kek birthday, norma, husna & nain : :
dari kepong zasss piula ke shah alam. open house rumah boss encik z. kak sal.
amboii open  house macam kenduri kahwin.
5 khemah kata kau.
ada gerai char kuey teow, roti canai, kambing golek, satay, kuih muih, buah-buahan.
teh tarik, teh o, eh macam-macam lah.
esoknya. syawal ke 15.
pepagi alam dah gi gi rumah janet kat len sen cheras.
dah katanya dia suruh datang 11.30 pagi sebab open house nya special.
ditaja oleh kleenex dengan hot fm sebab dia menang masuk contest apa tah.
sokayy la 11.30 pagi tepat saya sampai.
makan-makan apa semua. pastu ada lucky draw, soalan kuiz bagai.
saya tak dengar hot fm so saya idok ler kenal penyampai-penyampainya.
saya dengar sinar fm dengan ikim fm je. selain saya seorang tua, saya juga seorang ostajah celop :-p
tiap kali pi rumah janet, mesti mak si nina ni dok panggil encik z rosyam noor.
motippp rosyam noor cik oiii. jangan kata muka, lubang hidung pun belum tentu sama.
pengsan tau.

ehem ehem.. saya pakai tudung baru. dibeli di SINI

: : encik z tengah main game plant vs zombie lettew : :
balik dari rumah janet tu, nak gerak ke rumah kak sofiah. wedding anaknya. di keramat.
molek keluar ke highway. sampai kat batu 6, cheras.
saya, encik z dan myavi terlibat dengan kemalangan.
nanti saya cerita kat entry lain k. myavi rosak teruk.
hatiku pecah 🙁

12 thoughts on “3 Hari. 5 Rumah. 1 Kemalangan.

Comments are closed.