Tak Ramai Orang Tapi…

assalammualaikum korang.
ramai lagi eh cuti raya.
banyak blog tak berupdate.
tension saya masa tidak dapat diisi dengan meng kak nam kan diri hewhew.

saya raya ke 4 dah kerja dah.
memang tak ambik cuti pun. sengaja.
sebab cuti tinggal 11 hari je.
pastu banyak plak perancangan hujung tahun nanti.

hari rabu keluar lunch dengan kaktin & payiet.
ke KFC. saya try yang kfc green curry tu.
yang katanya sedap bebenau sampai orang thailand naik tuk tuk menyeberang sempadan malaysia.
yo yo je la iklan kan.

so cuba. sib baik sedap.
taktau la kot tekak saya ni memang semua benda jadi sedap.
tapi ok la. saya suka.

semalam plak pi the mall makan kat chicken rice shop.
ambil terus set untuk 3 orang.
puas makan.
lama jugak kot saya tak makan kat chicken rice shop ni.

minggu ni memang office sunyi.
kebanyakan memang cuti terus seminggu.
encik z pun cuti jugak.
bersenang lenang dia kat rumah.
katanya tempoh bertenang. ceh.

so 3 hari ni saya drive sendiri la ke office.
selalu perjalanan tak kurang dari 45 minit.
tapi 3 hari ni 15 minit dah sampai tau.
dari jasmine ke office 11.8 km.
patutnya dekat je lah. tapi sebab jem tu huhu..

tapi tapi tapi ingatkan kot ramai orang cuti boleh la saya bersenang lenang kat office.
takde makna.
kena jugak tolong buat kerja.
kerja orang lain plak tu.

orang yang mintak tolong ni pun hmmm…
kita ni menolong. so agak-agak la kan.
haihh ntah lah. taknak tolong nanti kata kita melawan.
diungkit-ungkit like never ending story.
pastu orang yang sepatutnya buat tu boleh plak senang lenang bercuti.

mula-mula tu amarah la jugak.
tapi bila pikir pikir, di bulan syawal yang mulia ni, buat lah kebaikan mana termampu.
mana tau pahala berlipat ganda Allah SWT nak bagi.
senyum. sabar. redha. 🙂

9 thoughts on “Tak Ramai Orang Tapi…

Comments are closed.