Syawal Pertama

yaya memang dah bagitau awal-awal yang dia nak pi solat raya.
saya tak boleh sebab hmmmm.. u know i know lah.
saya rasa mungkin ustazah kat sekolah dia dah ajar sekian sekian pasal solat raya ni tu sebab dia bersemangat je.
kiranya semua orang pegi lah kecuali saya.


: : budak semangat nak solat raya : :

lepas semua pergi, saya pun mandi siap-siap semua lah.
kemudian apa lagi, mengadap makanan lah.

hidangan biasalah di hari raya di rumah puan normah.
rendang ayam, rendang daging, sayur lodeh, kuah kacang, nasi himpit & lemang.
eh eh kelihatan telur dan buah anggur jua di dalam gambar.
kelasss makan anggur di hari raya.

tak lama lepas tu diorang pun balik.
nengok yaya mata dah merah-merah menangis.
dah kenapa pulak?
mama kata dia panas. sebab jemaah penuh.
kena duduk sampai ke luar. luar plak takde kipas.
tu yang dia tension ajak mama balik.
mama kata nak balik cemana dah ayah dengan ayah chu pun kat dalam lagi?

dia plak tak bawak tudung, mama suruh bukak telekung tu dia malu.
hadap je la hazab panas.
balik nangis terus masuk bilik.
saya on air cond, bukak kipas laju laju biar dia bertenang dulu.

dah bertenang baru lah siap siaga untuk sesi bersalaman kami sekeluarga.
saya salam mama cepat-cepat, sebab takmo menumpahkan air mata di pagi syawal.
encik z pun saya salam laju-laju hu hu hu.
habis sesi bergambar terus gerak gerak khas ke rumah tok.
arwah tok 🙁

duduk sekejap je pastu semua dah siap-siap nak ke kubur.
lagi pun perut masih mengenyang makan kat rumah tadi kan.


: : rumah kenangan yang penuh bersejarah : :

assalammualaikum ya ahli kubur.
insyaAllah satu hari nanti pasti aku akan bersama kamu.


: : pusara tokwan, tok & pakndak. alfatihah : :

dari tanah perkuburan yang letaknya berhampiran taman lela, kami reramai terus menuju ke rumah maklong di gunung semanggol.
kira memang dah tradisi la ni dari dulu.
dari rumah tok, ke rumah maklong.


: : mee kari buatan tangan maklong yang super dap dap : :


: : aunties & cousins : :

dari rumah maklong gerak ke rumah mak paktam kat masjid tinggi pula.
tapi sekali sebab perut mengenyang saya tidak lah makan.
seronok tengok yaya lari ke sana ke mari dengan anak-anak sepupunya.
pastu rumah kampung kan, seronok tengok pemandangan. tenang je.


: : zikry arshad yang bambam. anak sepupu saya : :


: : cousins saya yang ramai anak dara trang tang : :


: : rumah kampung yang oldskul : :


: : lia, shakira, yaya : :


: : ada pun gambar berdua. yeay! : :

dari masjid tinggi terus je gerak balik.
jalan boleh tahan sesak. hujan plak turun memula renyai.
pastu melebat.
sampai rumah, masuk bilik 3 beranak on air cond.
melepak-lepak je la.
encik z tak lama pastu dah lena.
saya main game plant vs zombie.


: : anak dara saya kira duit raya : :

elok hujan reda, astro pun dah ada.
ngadap tv je la pulak kami. dengan adil & yana sekali.
nonton drama kampung semarah padi.
lawak gila plissssss cerita ni.
sapa yang nonton meh gimme 5.
sapa yang tak, sila lah cari di youtube.

beto kusyairy berlakon u. awww…
satu kampung memula disumpah 7 keturunan semua akan marah-marah.
lepas tu disumpah 7 keturunan jadi lembut selembut-lembutnya.
lawak lawak.

malam tu uncle azhar & pakchu sekeluarga datang.
meriah sangat. tapi lupa nak snap gambar. huhu.
diorang ni every year mesti tak penah menggagal datang melawat mama.
walaupun arwah abah dah takde, kasih sayang dan ingatan diorang tetap ada pada mama.
saya rindu abah saya. amat-amat rindu.

malam tu saya dilanda migraine lagi.
kasihan la haihh kat yaya. tak dapat saya nak spend masa sangat dengan dia.
2,3 menjak ni asal saya balik taiping je mesti kena migraine.
adakah kaki saya ini dihalang dari menjejaki bumi taiping?
adakah saya juga terkena sumpahan semarah padi?

cehh. kau ingat kau darah bangsawan nak kena sumpah-sumpah bagai?
so plis?

16 thoughts on “Syawal Pertama

  1. ekcely ustaz don cakap aritu, masa raya digalakkan semua umat Islam pegi ke masjid pagi tu – x kisahlah klu x bole solat pun, dibenarkan jugak pegi (tapi dok dalam kete je ke or kat pinggir masjid ke) sbb Nabi kata ape ye.. errrr.. kiranya mcm utk mengeratkan silaturrahim pd hari tu la.. klu x silap sy gitulah hehehe..

    so tahun dpn bole la klu akak nak gi mesjid pagi raye tu time2 piyed hehehe 🙂

Comments are closed.