Syawal ke 2

hari raya ke 2 dalam pukul 10 pagi camtu gerak ke jitra.
mau melawat Ammara Nageena. baby kepada pae & koko.
2 jam setengah jugak la baru sampai.
saya fikirkan takde la sejauh ni. rupanya jauh.
walhal dulu bukan tak penah travel dari jitra ke taiping.
lupa la. maklumlah umur dah tak berapa nak muda.

ooo pae, taknak buat kemunculan kat blog akak yer.
sib baik abang mi awak hebat. zass ziss zuss dia snap gambar.

saya hangkut mama, adil & yana sekalian sebab lepas ni nak pergi beraya rumah orang lain lah pula.
tapi naik kereta asing-asing la.
mau tersepit kalau naik satu kereta.

baju saya tu kainnya dibeli di ho chi minh sana.
mama pulak kainnya tu saya beli kat bandung.
yaya? dari sogo saja.
tudung tu la saya beli kat wangsa walk. RM55.
mahal eh?
dah buntu dan malas nak cari, tu yang cam ahhh zass je lah.

lepas kenyang pekena laksa, kami pun mengundur diri.
tq pae. nanti balik kl ammara dah besau sikit boleh bergambar pose pose sesama.
ammara nageena, selamat datang ke dunia yang pancaroba ini nak…

dari jitra mukim malau, kami ke jitra mukim kubang pasu.
takde la jauh nau pun. dalam 15minit gitu sampai.

beraya di rumah pakcik omar & makcik faridah.
diorang ni family’s friend.
kawan baik mama & arwah abah masa kat JB dulu.
diorang ada 3 orang anak lelaki masa tu.
saya la paling kamceng dengan anak-anak yentan ni ha.

jiran sebelah menyebelah.
asal bangun pagi je sibuk nak main kat rumah dorang.
korek korek pasir bawah rumah lah.
masa tu rasa umur dalam 5,6 tahun gitu lah.
ke 7,8 tahun? ah gitu lah.

selalu pegi jalan-jalan sesama dorang.
lepak lepak kat stulang laut, mandi sungai kat kota tinggi, pegi zoo.
kira macam kita-kita ni sekarang la.
macam saya dengan ernie, dengan nida.
lepak mak-mak kan. sok sok anak dah besau, melawatlah sesama kita.

sayang arwah abah dah pegi dulu.
kalau tak mungkin lebih meriah kan.
mama kata, pakcik omar & makcik faridah ni la yang offer kami sekeluarga tidur kat rumah diorang masa arwah abah ditukarkan dari sungkai ke JB dulu.
ahhh kenangan kenangannnn…

ok cukup dengan bebelan.
kami makan nasi pelbagai lauk kat sini.
pastu melepak borak lah.
mama dengan makcik faridah amik port kat luar.
bercerita kisah lama versi perempuan kan. so takmo la kacau.


: : pakcik omar yang semangat bercerita : :


: : saya yang gigih mendengar : :


: : budak yang asyik main ipad : :

pastu dia keboringan.
lalu saya ajak dia jalan-jalan di laman.
laman rumah pakcik omar ni besar ooooo.
kat belah luar tu lagi la luas nya.
boleh bikin sebijik lagi rumah banglo.
best best.

saya selalu bayangkan life saya dah tua macam ni.
pakcik omar jadi imam.
lalu saya tanya encik z awak taknak jadi imam ke?
boleh saya jadi wife imam.
tak payah sibuk-sibuk nak kerja dah.
duduk rumah, jaga makan minum suami, beribadat.
mesti rasa aman damai tenang je. duduk kat kampung lagi.


: : terima kasih semua yang menjadikan sebahagian dari kenangan di waktu kanak-kanak saya : :


: : lembu #tetiba : :

dari jitra tu terus aje pulang ke taiping.
jalan boleh tahan jem. saya pun dah krohh krohh dalam kereta.


: : gambar sebelum saya krohh : :

tshirt encik z tu saya beli kat sogo.
nak sedondonkan lah kami 3 beranak. hewhewh.
saya paling suka tulisan kat baju tu.
no photo please. i’m off today. gitulah lebih kurang ayatnya.
sesuai benar dengan watak photographer yang dibawa oleh encik z.

sampai taiping cam biasa lah masuk melepak dalam bilik dulu.
encik z dah ketiduran. pun macam biasalah.
petang tu mama goreng keropok lekor.
makan la saya dengan yaya, adil & yana.
sorry encik z, siapa suruh abang tido??
sesambil makan layan cerita apa tengok-tengok?
cerita yang ohhhhhhhhhh.

ini namanya biskut batu.
rasa dia takde la keras macam batu.
tapi sebab rupa paras dia yang hodoh tu.
dan la hodoh tak sedap plak tu. pfffttt…
mana mama dapat biskut ni pun ntah.
yang pasti bukan dibuat mahupun dibeli.
saya saspek orang bagi lah.

malam tu keluar makan pizza hut. boleh?
ajak mama adil & yana tapi diorang malas.
so keluar lah kami 3 ketul je.


: : order online ke hapa anak aku tu? : :


: : ayah, mommy & yaya : :

kitorang ambik set citarasa ramadan 1.
ok lah pizza dia sedap jugak.
harga dalam menu RM38.90.
lepas tax bagai RM45.10.

balik rumah saya dengan yaya buat facial together-gether.
aktiviti orang perempuan kata encik z.
dari susu pembersih, cleanser, scrub, mask, toner dan mosturizer.
pakai mask sesambil gelak-gelak buat muka hehe.

pastu nonton snakes on the plane berdua je dengan yaya.
pegang pegang tangan pepeluk tengok ular berleluasa.
aktiviti 2 beranak yang saya tak dapat lakukan setiap masa.
tapi saya tau, kasih sayang ibu terhadap anaknya tiada bertepi!

15 thoughts on “Syawal ke 2

    • oooo kampung en nahar kaaa..
      takpa lain tahun kalau ada rezeki aku singgah2.
      wah orang tak ajak pun kan ekekke..

    • tq shera. hmm tak pasti la plak akak. boleh la kalau awk nk pegi cekidaut.
      booth dia bebetul depan FOS

  1. tQ mommy & family dtg jenguk Ammara & mama yg baru halfway berpantang. nasib baik tak nampak kain batik & stokin..muahahaha!
    to abg mi..awas lohh! see u in court! 😛

Comments are closed.