Blog Maya Dot Com

Sahur & Buka – Part 5

ramadhan ke 20.
dah order laksa johor kat office ni ha.
memang ada sorang pakcik tu selalu amik order-order makanan kat office saya ni.
tapi gamaknya bulan puasa, tak boleh nak rasa makanan, laksa johor ni agak masin lah.
masin masin pun licin jugak saya bedal.

petang balik office singgah pasar ramadhan kat depan rumah saya ni.
memang dah membujuk hati supaya jangan terpedaya dengan tipu daya syaiton menghasut beli itu ini.
end up beli air tebu yang sedap, cucur udang yang marvellous, tepung pelita yang nyummeh dan kuih keria lazat.
cukup puas hati (Y)

ramadhan ke 21.
encik z ada berbuka kat office.
asalnya saya nak join jugak tapi menjelang jam 5 petang, rasa lemau plak satu badan.
ngantuk pun sama.
mintak encik z hantar balik.
karang encik z patah balik ler ke office naik motor.
ala rumah ai dengan office 11.8 km je.
tapi bila jem macam 100 kilometer. heh.

balik tu beli makanan kat gerai tepi tepi jalan je.
kurang rajin nak meredah pasar ramadhan.
tak banyak choice tapi sokayyy la.
saya beli bihun sup dengan bubur pulut hitam.
RM6.50. mahalnya! terperanjat saya. huhu..
bihun sup biasa-biasa ajer.
tapi bubur pulut hitam sedap. sib baikk..
kalau tidak…
kalau tidak apa? ceh..

ramadhan ke 23.
wah! lagi seminggu nak raya #tetiba
saya buat kobis goreng dengan asam pedas ikan kembung je.
buah tembikai beli kat sogo.
murtabak maggie daging tu encik z yang goreng.
tu yang hitam macam dia #eh
saya bancuh-bancuh bahan, encik z goreng.
di up kan dengan laici kotak sejuk.
nikmatnya buka puasa ku! (*)

masa nak naik rumah kan, lepas je encik z park kereta, saya pun keluar la berjalan berlenggang kangkung nak ke lif.
tetiba saya dengar bunyi ‘pop’!
yer saya yakin tu bunyi mercun pop pop yang baling baling tu.
saya ingat kot memang ada kat jalan, saya terpijak ke.

pastu tak lama bunyi lagi berduyuuuuunnn pop pop.
automatik la saya pandang atas.
fyi, rumah saya apartment 19 tingkat yer.
nun nampak mercun pop pop tu lajuuuu ke bawah.
sib baik saya sempat tundukkan kepala.
ada yang jatuh atas kepala saya ok.

lepas tu saya ke belakang sikit, pandang atas.
nampak la ada langsir bergerak-gerak belakang tu ada budak.
saya saspek dia yang baling.
terus saya jerit. heyyyy..
tapi tau la suara saya yang halussssss ni.
korang yang pernah jumpa saya tau la suara saya macam mana kan.
nyaring tapi halus. selalu kena ejek. heh.

gamaknya encik z kasihan melihat suara bini dia yang serati sangat ni, encik z plak jerit hoiiiiiiiiiiiiiiiii.
dah banyak orang keluar kat balkoni jenguk.
terus saya dapat semangat.
saya jerit lagi. sekali lagi korang balik, makcik panggil polis!!!
biadab!!

kauuu makcik katanya.
tapi memang biadab lah.
diorang sengaja baling mercun tu. pastu gelak gelak.
kalau lah masuk dalam mata saya macam mana?

lepas saya jerit tu takde dah nampak dia baling.
saya pun tak perasan unit yang mana.
kalau saya ingat, memang saya naik atas je bagi penampau.

nak main tu main la. tu korang punya pasal.
tapi janganlah menyusahkan orang lain.
korang mak bapak pun, expecially yang duduk flat apartment ni, tolong lah perati-perati anak korang.
jangan sampai sebab anak-anak, mak apak lak bergaduh.
tak sesuai!

    4 thoughts on “Sahur & Buka – Part 5

    1. suriaamanda

      itu kat umah apartment..cer kat jalan…lalu bawah jambatan tetiba ada budak baling mercun..klau jenis melatah confirm eksiden..x sekolah punya budak..