Sahur & Buka – Part 3

ramadhan ke 12.
buat pertama kali nya kami laki bini ke pasar ramadhan.
sebabnya encik z tak berapa sihat dari semalamnya.
dia kata sakit kepala, sakit leher dan sakit belakang.
macam kasihanlah pula.
kang kalau balik saya masak terabai pulak dia.
ingat kot nak urut-urut badan dia sikit.
so saya kata saya takyah masak la.
boleh spend quality time together. ewah.
kitorang ke pasar ramadhan bandar baru sentul.
senang satu laluan je. bagi signal kiri, parking.
terus masuk.
lama tak pergi pasar ramadhan terus cam rasa blur blur nak makan apakah?
taknak makan nasi la kononnya.
lalu sepetak suara membeli murtabak daging, otak-otak, laksa kedah dan air tebu.
murtabak daging ok sedap. otak-otak pun sedap.
laksa kedah boleh tahan tapi saya tak habis makan.
air tebu sungguh sungguh mengecewakan.
dah nak basi kot. hate u penjual.
selalu kalau saya beli kat pasar malam sri rampai ni, letak dalam fridge siap bertahan 2,3 hari lagi.
ni baru minum seteguk dah rasa halahai…
ramadhan ke 13.
saya kembali ke arena permasakan.
udang goreng kunyit campur kacang panjang.
dan seekor ikan cencaru yang menjadi kegemaran kami berdua.
dan macam biasa jugak perap asam jawa dan gula.
sayur campur tu saya panaskan kelmarin punya.
tak laku heh.
saya memang dah agak tak laku.
kitorang ni kalau masak apa-apa, 2 kali je maksimum panaskan.
lepas tu mesti tak dah haih.
so biasanya kalau lepas 2 kali panaskan tak habis jugak memang ke tong sampah la peginya.
itu jugaklah sebab kenapa saya tak suka masak banyak-banyak.
ramadhan ke 14.
saya masak sayur bayam dengan fishball.
walaupun saya tau encik z tak makan fishball tapi sesungguhnya saya tak pedulikkk.
saya teringin nak makan fishball! grrr..
pastu goreng 3 ketul kepak ayam.
jangan kau tanya kenapa kepak ayam tu merentung semacam.
sebab tu encik z yang goreng.
walhal kan.. sebenarnya kan..
saya perap kepak tu dengan madu.
konon nak jadi kepak ayam madu la hahahahhahah berangannnn.
tapi sokayyy la sedap je kepak tu.
walaupun hitam masih boleh ditelan.
diperlengkapkan lagi dengan sambal belacan dan timun.
uishhh sedap gilerrr kot sambal belacan saya buat. 😛
ni plak menu sahur.
tetiba rajin plak kan nak menggoreng nasi bagai.
sebab hari sabtu. lepas subuh boleh tidur balik. *jangan ikut aksi ini
tu yang gigih bangun goreng nasi tu.
lagi pula sabtu tu tenaga banyak diperlukan nak ngemas rumah.
nasi goreng minum dengan teh o panas. woooo terbaikk.
kek red velvet tu saya beli kat jualan puspanita kat office.
RM5. tapi tak sedap aaa.. me dont like.
lin, kalau kau baca ni. em sorry haaa.. kenot get thru my tekak.
ramadhan ke 15.
wah.. dah separuh dah perjalanan puasa kita semua yer.
saya masak sup daging campur kentang dan carrot.
dan bergedil daging.
percubaan pertama tu buat bergedil daging.
menitis nitis peluh ku sebab memula tu hancurrrrr vavavava.
nantilah saya buat entry pasal bergedil daging tu.
takde la nak bagi resepi bagai pun.
cuma nak share experience gituuu…

2 thoughts on “Sahur & Buka – Part 3

Comments are closed.