Sahur & Buka – Episod Akhir

amboiii episod akhir bagai.
kau ingat ini akasia dejavu di kinabalu kah?

ok ramadhan ke 24.
saya buat sambal tumis udang, kobis goreng, terung goreng dan buah tembikai. di up dengan air sunquick orange yang sedapnya lahai.
sebenarnya kobis goreng tu tak niat pun nak buat.
tapi sebab nak clearkan fridge, ahhh goreng je la sekalian.

ramadhan ke 25.
masakan yang amat lah saya nanti-nantikan untuk dimasakkan.
masakan paling simple tapi paling sedap bagi saya.
sambal sardin, sambal belacan, timun, telur dadar, ikan masin tenggiri dan sambal bendi.
sambal bendi tu pun di up kan je sebab kang terdampar sepi dalam fridge tu sebab dah nak cuti raya kan.
so kasi masak jugak.
makan bertambah tambah plis.

eh tapi yang sebenarnya ramadhan ke 25 tu saya tak puasa dah.
tengah hari bendera jepun mai. sedih. huhu.
tapi saya tetap lah jua memasak untuk suami ku.

ramadhan ke 25 tu last saya masak.
terus gantung kuali periuk belanga.
makanan basah dalam fridge pun saya clearkan semua.
lap dapur, basuh pinggan. susun semua molek molek.
tutup dapur.
ramadhan ke 26 & 27 nak beli atau berbuka kat luar saja.

kurang kerajinan dah nak tertonggeng tonggeng kat dapur.
nak iron baju, kemas beg, kemas rumah, pendek kata kepala dah set nak raya je lah ni.

ramadhan ke 26 berbuka dengan nasi tomato.
dah order sesiap dari pakcik yang sama saya beli laksa johor tu.
nasi tomato of coz makannya dengan ayam masak merah kan?
tapi malangnya saya tak makan pun.

semalam tetiba encik z ada hal.
saya lak tak puasa. tengah hari dah telan bihun sepinggan.
so mengenyang.
sampai rumah, tukar baju. terus saya ke alpha angle wangsa maju.
tak habis-habis alpha angle kan. hehehe.

dah ada list dah benda-benda yang nak dibeli.
dah settle kat AA, saya ke wangsa walk plak.
tujuannya satu je, menuju puncak :-p
mau cari tudung da. ada satu baju raya saya takde tudung matching lagi.
cari kat jalan TAR hari tu pun tak jumpa.
ada satu kiosk tudung depan FOS kat wangsa walk yang selalu gak jual tudung lawa-lawa.
akhirnya dapatlah sehelai.
yang harga boleh tahan mencekik.
nasib baik raya, kalau tak raya, jangan harap saya nak beli.
saya banyak kedekuittt maa.

oh hari ni plak saya plan nak buat reservation nak berbuka kat kampung pengantin.
tu pun kalau ada lagi la makannya. kalau takde berbuka je la kat memana.
ingat nak pi festival mall.
ada beberapa benda lagi yang saya nak cari.
kasut raya saya. dan baju melayu encik z. huhu.

hari ni kira last berbuka kat KL. sabtu nanti dah berbuka kat taiping.
dah request kat mama nak makan nasi ulam. sedapnya nasi ulam. tak sabar.
esok saya nak balik taiping, hmmm rasa rasa berbuka dalam kereta atau R & R la kot.
apa ada hal. saya tak puasa pun.
beli something untuk encik z je lah nanti berbuka dalam kereta.

8 thoughts on “Sahur & Buka – Episod Akhir

  1. maya, selamat hari raya .. btw, drpd ari tuh aku tgk gmbr sambal belacan ko mmg menarik tertarik da boomm.. ko letak/buat camne .. meh share ngan aku … tq ..

    • selamat hari raya yatie.
      errr sambal belacan tu? sama je kot macam orang lain buat.
      takpe nanti sok aku rajin aku buat entry.
      cewah sambal belacan pun nak buat entry.
      takpe, demi kau reader ku hehe..

Comments are closed.