Penghujung Ramadhan

sebelum cerita tentang raya, saya nak cerita kisah di hari terakhir ramadhan dulu.
saya bertolak balik hari jumaat tepat pukul 4.30 petang.
alhamdulillah jalan takde la sesak sangat.
sampai TLJ dalam pukul 9 malam camtu.

esok nya saya bawak yaya pegi dentist.
risau gigi kekal dia dah tumbuh kat belah bawah.
tapi gigi susu tak gugur-gugur lagi.
pastu tumbuhnya dah bertempiaran.
sebagai ibu pastilah saya risau kan.

so pujuk pujuk bawak la gi dentist.
doktor pun cek punya cek.
gigi bawah kena cabut 2 batang yang gigi susu lah.
sebab nanti ada gigi nak tumbuh.
tapi doktor kata bila umur dia 11 tahun kena ikat jugak giginya.
sebab dah tak tersusun cantik huhuhu. sian anak ku.

cabut sebatang dulu. nanti baru cabut lagi sebatang.
dan dah pun dicabut hari jumaat lepas.
kesian anak saya yer.
esok nak raya tetiba hari ni kena cabut gigi plak.
tapi untuk kebaikan yaya jugak. sabar yer sayang.


: : yaya bersama giginya : :

lepas cabut gigi pegi gunting rambut plak.
mama suruh gunting sebab dah panjang nau rambutnya.
nak pegi sekolah hari-hari basah je kat baju.
so gunting sikit lah.
takde la pendek mana pun. paras bahu.

sebelum tu saya pi cari aiskrim untuk dia.
orang kata kalau lepas cabut gigi molek minum air berais atau makan aiskrim, bagi tempat cabut tu kebas.
sekuat mana fakta ini tidaklah saya ketahui.
tapi sesah je la.

balik tu pujuk pujuk juga la bagi dia comfort.
sebab sesekali dia dok cakap sakit.
saya divert kan kesakitan tu dengan mintak tolong dia masukkan duit raya dalam angpau.

malam tu patutnya ada aktiviti membuat facial kami 2 beranak.
tapi saya dilanda migraine yang hebat. haishh..
tidur petang santak ke maghrib.
bangun kejap pun sebab nak makan nasi ulam yang mama buat.
nasi ulam terbaik di serata dunia.
thanks mama. love love love.

lepas makan nasi ulam, telan panadol.
pengsan sampai ke pagi esoknya.
there goes my malam raya.
kasihan yaya 🙁

8 thoughts on “Penghujung Ramadhan

    • aku pun tak penah tanya mana mama aku jumpa daun ulam2 tu semua.
      derhaka betoi.
      yg aku tau tiap kali bulan puasa mesti ada nasi ulam he he

  1. mmm…lepas 18 thun baru jumpa blik…dah besar yaya kan….sure kak xknal sy lg kan..kak?hahaha…

      • lepas 18 tahun? maknanya masa tu saya umur 15 tahun. hmmm..
        kalau umur saya 15 tahun sah2 la yaya takde lagi. dan sah sah la dia tak kenal sapa awak hahahah #oktakkelakar

        jiran kat jb 25 thn lepas?
        masa tu saya umur 8 tahun.
        jb di manakah? di jim quee atau di kg melayu majidee?

Comments are closed.