Nak Tudung Gini Pliss…

korang, saya nak cari tudung yang seperti gambar dibawah.
kain cotton. saiz labuh tutup dada.
awning lembik. help help help..
dedua ni saya tengok kat SINI & SINI.
tapi semua pun sold out. pffftt..

kalau sesiapa ada jual online ataupun ada pernah ternampak di jual di mana-mana, boleh inform saya tak?
tq!

18 thoughts on “Nak Tudung Gini Pliss…

  1. lawa tudung hat atas tu berkenan juga aku.. kalau ko dpt info sharing is caring ya!

    • senang sebab awning nya lembik.
      kalau tak bawak telekung boleh terus solat.
      yang penting labuh tutup dada.
      akan ku warwarkan jikalau ketemu tudung sebegini ya..

  2. Yer, kat radiusite tu mmg cpt abis. Tp retu saya sempat grab. Dan hari ni kebetulan pakai yg tu. yg kaler coklat, awning pink. Mmg sedap sgt. Tak panas.
    Nak beli kat radiusite tu, kena tgk kat FB dia, kalo dia kata ada yg baru nak kuar kul 11 pagi (biasanya Isnin, Rabu kalo tak silap), cpt2 la bkk page derang kat FB, tgk mana yg berkenan, pastu ready masuk website dia. Bila dia buka utk jualan, cpt2 isi borang dia. Harus buat gitu sbb mmg goreng pisang panas. Tkpun terus g butik dia. Kat Rawang rasanya ada. Kat sebelah Tesco kut. Mungkin situ byk pilihan kut.

    • dah like FB dia dah. akan lebih alert lepas ni cewahh..
      hah butik dia kat rawang? mangaii bapak jauh..
      tapi kalau hati sudah meronta, mungkin highway ku redah jua. ewah..
      anyway tq pnstoberi 🙂

  3. akak dah cuba cari kat jalan tar ke? alin pun nak cari camni jugak… beli online mahal kot kak..

    • akak dah lama tak pegi jalan tar lin.
      tengok la esok ke.. nak try pi usha.
      tapi mesti manusia meramai kan.. huhu..

  4. Assalam…

    Kak Maya my opismate ada beli tudung ni kat satu butik di Pekan Rawang last week.
    Butik tur terletak di belakang Maybank Rawang yg baru buka n berhampiran TESCO Rawang. Opismate i kata size M pun memang dah cukup menutup dada.

    TQ
    Tina

    • jauh bebenau rawang dgn rumah akak ni yang..
      tak balik modal duit minyak huhu..
      anyway tq for the info ya

Comments are closed.