Nak? Nek? Ney?

ramadhan ke 10. saya dengan encik z berbuka kat luar.
sempena?
sempena petangnya tu ada ceramah dari ustaz azhar idrus.
beliau datang ke sasana kijang.
harus taknak lepaskan peluang mendengar ceramah beliau.

: : sempat ajer si jocko snap gambar saya : :
ceramah uai ni tak spesifik.
sebab tajuk nya pun anda bertanya, ustaz azhar idrus menjawab.
segala macam soalan dah dikumpul oleh pihak berkenaan.
dicompile lalu diberi pada uai.
dan dia jawab dan dan tu jugak.
masa 1 jam yang diberi of coz la tak cukup.
tu pun banyak lagi soalan lain yang tak sempat uai nak jawab.
insyaAllah kalau ada rezeki dia kata dia nak datang lagi bagi ceramah kat B** ni.
antara isi kandungan ceramah yang saya ingat sikit-sikit ialah :
1. ibu mengandung yang menyusukan anak. kalau rasa lapar dan dahaga nak berbuka waktu bulan ramadhan ni, BOLEH. tetapi kalau niat berbuka tu untuk anak yang dikandung. contoh : aku nak berbuka la, kesian anak aku lapar. kesian anak aku tak dapat zat. haaa yang tu wajib qada dan wajib bayar fidyah.
tapi tapi tapi. kalau berbuka sebab niat untuk diri sendiri. sebab lemah. larat. lapar. diwajibkan qada tetapi tak perlu bayar fidyah.
2. wajib meng qada solat fardhu yang tertinggal. tertinggal oleh sebab terlupa tak berdosa tetapi wajib meng qada kan semula sejurus selepas teringat. tertinggal baik sengaja atau pun tak sengaja, wajib qada. waktu untuk meng qada tiada kekangan. bila bila masa sahaja.
3. hukum wanita makan ubat di bulan ramadhan untuk menahan haid, untuk berpuasa penuh. ianya adalah HARUS iaitu tidak berdosa. tetapi MAKRUH iaitu buat tak dapat dosa, tapi tinggalkan dapat pahala.
uai kata seboleh-bolehnya janganlah makan pil sebab haid itu datangnya dari Allah. kenapa nak ditahan-tahan. nanti lepas puasa, boleh qada. dapat pahala di situ.
4. untuk orang yang belum berkahwin, ayah yang bayar zakat. tetapi ada jugak mazhab mengatakan sunat untuk bayar sendiri apabila telah berdikari
5. apa hukum membeli barangan israel? ustaz kata kalau dah beli tidak mengapa. kalau belum beli dan berniat untuk beli, janganlah beli
6. lelaki wajib taat kepada ibu bapa sebelum dan selepas kahwin. wanita pula wajib taat kepada ibu bapa sebelum kahwin dan taat kepada suami selepas kahwin.
tapi ustaz kata zaman sekarang dah terbalik.
lepas kahwin suami taat pada isteri. isteri plak taat pada ibu bapa. ehemm.. sila terasa.
7. apa hukum membawa handphone/gajet yang mengandungi ayat al quran ke dalam tandas? kalau ayat al quran tertera di hadapan gajet, tak boleh bawa masuk ke dalam tandas. tetapi kalau semua applications yang ada ayat al-quran ditutup, tidak mengapa
8. apakah hukumnya kalau kita membeli duit yang mempunyai nilai yang sama. contoh macam sekarang la. kita ada RM10 duit lama, tetiba tergedik nak duit baru RM10. kawan kita ada, kita kata kita nak. dia kata ok tapi aku jual RM20. haaaa tu kenot. haram ok haram.
tapi tapi tapi.
kalau kita beli dengan niat ok kita tukar suka sama suka RM10 tu, lagi RM10 aku bagi upah kat kau sebab tolong cari kan. haaa kalau begitu tidak mengapa
9. ada yang kata dia tak khusyuk solat berjemaah sebab makmum baca kuat. ustaz kata fokus dan jangan pedulikan bisikan-bisikan syaitan.
10. ada soalan tanya dia ni perempuan yang masih single. dia tanya kat ustaz macam mana nak cari suami yang soleh. ustaz punya cadangan simple dan lucu jugak.
dia kata zaman sekarang ni dah tak kisah perigi cari timba ke apa.
kalau ada berkenan kat sesiapa. expecially yang berkerjaya macam kita-kita ni, just approach. dengan soalan ‘sudikah awak menjadi suami saya?’
dia kata kalau orang tu kata oh saya dah bertunang. atau beristeri. tak apa lah. takde apa nak dimalukan.
terasa sikit la bab ni. sebab dulu saya yang approach encik z dengan soalan ‘aku suka kau’ hewhewhewhehwhwhewh. nasib baik dia suka saya jugak, kalau tak mau saya malu 7 keturunan. eh tapi ustaz kata tak perlu malu kan?
ok tak yah.
11. kehidupan dunia ada senang dan susah. setiap manusia ada masalah. dia kata isteri ni macam budak kecil. nak beli itu, nak beli ini. suami kalau mampu turutkan aje. kalau isteri dah dapat apa yang dia nak, dia takkan marah lagi. LOL.
12. pemakaian seluar/pakaian lelaki = disingkatkan – makruh. atas buku lali tidak lebih dari lutut- harus. atas lagi dari buku lali, hukumnya sunat. pertengahan betis adalah sunnah nabi. dan jatuh hukum haram sekiranya seluar/pakaian dilabuhkan kerana ia menunjukkan kesombongan walaupun tidak bermaksud (berniat) untuk sombong
13. boleh jamak/qasar boleh dilakukan sekiranya perjalanan melebih 2 marhalah dan bermusafir walaupun dibuat setiap hari kerana tuntutan kerja. tetapi lebih elok sekiranya di buat sebelum meninggalkan sesuatu tempat contohnya pejabat
14. adakah batal puasa menyedut inhaler untuk pesakit asthma? terdapat 2 pendapat ulama. pendapat pertama tak berdosa tetapi batal puasa dan kena qada. pendapat kedua tak batal kerana jika tidak disedut khuatir membawa maut.
15. kanak-kanak mumaiyiz yang sah solat nya adalah haram dikacau dan dialihkan dari saf di dalam masjid/surau
16. dan yang terakhir berkenaan khunsa. khunsa itu yang mempunyai 2 alat sulit wanita & lelaki. tetapi janganlah sesekali dihina kerana itu rahsia Allah SWT. Rahsia yang akan dibuka di akhirat kelak. Jangan dipertikaikan kerana ini adalah kekuasaanNYA.
so kepada makcik senah makcik siah renti-rentikan menghina orang khunsa ke pondan ke yer. kau menghina bererti kau menghina ciptaan Allah SWT. fikir fikirkan dan selamat beramal…
of coz ayat-ayat atas ni semua saya olahkan sendiri yer. ustaz explain panjang lebar lagi lah. lawak la ustaz ni. dia suka cakap NAK? NEK? NEY?
dan 2 soalan paling lawak abad ini.
1. saya dapat tau ustaz meminati muzik dan pernah ada kumpulan muzik waktu muda dahulu. apakah lagu kegemaran ustaz pada ketika itu?
sabau je laa..
2. saya lihat ustaz begitu bertenaga ke sana ke mari. apakah rahsianya? apakah jamu yang ustaz makan?
apakah???
usai ceramah saya dengan encik z terus ke lanai.
yer berbuka kat lanai je kot.
senang. makan senang. solat senang.
harga berpatutan.
encik z try ni ha.
promotion nasi kambing ke apa tah.
tapi dia kata tak sedap. daging keras dan sejuk. huhu..
saya plak makan ni ha nasi ayam sambal hijau.
dan pernah dah makan.
tapi taktau la hari tu rasa loya bebenau lepas makan tu.
perut penuh angin la kot eh.
sib baik ada minuman golden glow yang masam manis tu.
dapat la cover sesikit lemau dan loya.
dari lanai kami ke carrefour wangsa maju.
dapat la saya beli sehelai jubah untuk mak mertua.
dan sehelai jubah untuk diri saya sendiri.
untuk dipakai ke event keesokan harinya.
ewah..

4 thoughts on “Nak? Nek? Ney?

  1. best la uai ni
    dgr ceramah dia kt youtube tergelak2 aku
    kadang tu sinis ade tu dangg kena batang hidung
    haaha

Comments are closed.