Kawan Baik? Kawan Sampai Syurga? Kawan Pelangi? BFF? Ya Whatever!

8 Langkah bagi mengelakkan berlaku drama dengan rakan baik anda

Ada rakan baik? ada bff or whatever istilah yang melambangkan sahabat sejati. Ini adalah langkah untuk mengelakkan persahabatan anda bertukar menjadi peperangan terhebat abad ini.

1. Letakkan diri anda di tempat sahabat anda jika berlaku pergaduhan atau pertengkaran. Adakah mereka terluka? adakah mereka cedera? adakah mereka marah? Anda akan tahu jika anda tidak mementingkan diri sendiri.

2. Tulislah surat atau nota kecil untuk meminta maaf. Jangan tunggu mereka yang meminta maaf walaupun anda berasa sahabat anda perlu meminta maaf dahulu. Kerana mereka juga berfikiran seperti anda!

3. Selitkan surat atau nota kecil anda di loker atau meja rakan anda. Elakkan orang lain membaca nya terlebih dahulu. Serahan tangan lebih afdal. (langkah ini mungkin berkesan jika anda rasa bertentang mata akan merosakkan ego anda)

4. Cuba hantar email atau IM jika nota atau surat anda tidak berkesan.

5. Ingat! Rakan anda mungkin memerlukan masa untuk sejuk kembali. Kadang kala pertengkaran atau pergaduhan membuat hati membengkak dalam keadaan yang lama.

6. Berbincanglah dengan rakan lain jika anda berasa kurang pasti dengan apa yang berlaku (elakkan mengumpat). Paling tidak, cerita kisah anda kepada ibu anda, ingat, ibu anda juga pernah menempuhi usia anda.

7. Pertengkaran dan perselisihan faham akan berlaku sekiranya rakan anda memerlukan ruang. Peluang ini sebaiknya anda gunakan untuk hanging out bersama rakan rakan anda yang lain.

8. Dan akhir sekali, jika pengakhirannya rakan anda enggan memaafkan anda, move on, dia tidak layak berada dalam lingkungan hidup anda. Tugas anda selesai dan ini adalah masanya untuk persahabatan yang baru.

Farid kata: Sedikit rakan, sedikit drama. Senang

Normaya kata :

1.  Mereka takde perasaan. Mereka ego. Mereka pentingkan diri sendiri

2.  Mereka seperti saya? I dont think so

3.  Dah pernah. Katanya ‘tak habis-habis lagi Normaya ni’.  Walhal kita mintak maaf ni

4.  Email dijaja. Email dicopy paste.  Email dicerita pada orang yang takde kena mengena.  Dah taknak maafkan tu sudahlah, kenapa nak dijaja? Why? Tell me why?

5.  Memerlukan masa untuk sejuk? Ingat dia kuih agar-agar ke #oktakkelakar

6.  Berbincang dengan rakan lain dikata saya ni mulut tempayan. Dia menjaja cerita sampai ke utara tanah air bukan mulut tempayankah?

7.  Bila hang out dengan kawan lain dikata ‘aku dah taknak kawan dengan dia, baru nak cari kawan lain’. Dia yang taknak kawan dengan kita, dia plak sakit hati bila kita kawan dengan orang lain. Apakah?

8.  Yer itu  yang kita cari! Selamat tinggal! Bye bye! Sayonara! Adios Amigos! Tata Titi Tutu!

10 thoughts on “Kawan Baik? Kawan Sampai Syurga? Kawan Pelangi? BFF? Ya Whatever!

Comments are closed.