Jadilah Seorang Yang Pemaaf. Dan Janganlah Marah

Artikel ini khas untuk diri sendiri dan orang lain dalam perjuangan menentang sifat marah, baran dan kuatkan hati dalam memupuk sifat redha. Mari berkongsi , jika ada tips dan nasihat tambahan .

Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf ?
– Tidak perlu menang setiap masa
-Pendapat dan citarasa manusia berbeza
– Memikirkan orang lain juga ada masalah
-Menyedari ALLAH mengangkat darjat orang yang suka minta maaf dan memafkan orang
– Berdoa supaya disabarkan hati
-Bersangka baik
-Memikirkan kebaikan yang dibuat dia
– Menyedari kita juga ada kurang dan silap, begitu juga dia

Adab Ketika Marah
* Jangan marah kecuali kerana ALLAH . Jika ia melibatkan agama, dan sesuatu yang keterlaluan, marah adalah dibenarkan.
* Ingat kekuasaan dan keagungan ALLAH ketika marah, jangan terlalu ikut perasaan .
* Menahan marah . Kerana sesungguhnya ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan.
* Berlindung kepada ALLAH ketika marah . sebut Au’zubillah .
* Diam , langkah terbaik untuk meredekan keadaan.
* Mengubah posisi. Jika berdiri, hendaklah dia duduk .
* Berwuduk. marah itu api syaitan . Sejukkan marah dnegan berwuduk.
*Bersabar dan memaafkan. Semua orang buat silap , kita juga. Jadi bersabarlah . Cuba.
* Jangan berdendam . Sesungguhnya orang yang bersabar itu lebih baik di sisi ALLAH

KREDIT

 

6 thoughts on “Jadilah Seorang Yang Pemaaf. Dan Janganlah Marah

  1. Alhamdulillah, Ramadhan thn ni berjaya membuang ego menggunung untuk sebuah kemaafan dan mengaku apa sahaja punca renggangnya silaturrahim itu saya sbg puncanya. takkan hilang bisa ular menyusur akar…. tak perlu ditanya apa salah kau, apa silap aku, yg pasti misinya hanya satu… MAAF setulus hati… menyayangi ikhlas kerana Allah…

    • saya kumpulkan kekuatan utk berjumpa dgn org2 yg pernah saya sakiti hati mereka.
      dan alhamdulillah ramai yang menerima salam kemaafan saya.
      yang masih belum menerima, sentiasa saya panjatkan doa supaya Allah SWT akan membersihkan qolbu mereka dan memaafkan saya.
      cepat atau lambat, cuma Dia sahaja yang tau.

Comments are closed.