Card Reader Hilang. Maka Terimalah Entry Ini

sebenarnya nak update lagi kisah sahur dan buka.
tapi card reader tah mana hilang.
bikin panas betoi. so update je la mana gambar yang ada dalam BB.
mentara ada BE satu tengah run. kita zass je lah.
hari sabtu saya berbuka kat alpha angle wangsa maju.
encik z pulak pi berbuka kat rumah kawan dia nun kat damansara sana.
saya ke AA ni sebab nak jumpa masy.
mau bagi duit raya yang dia tukau.
saya bagi kuasa veto, suh datang area sini.
saya tak kuasa nak redah diri ke KL sana.
saya bagi kata 2 pada masy. lu mau lu datang.
lu langsi lu mati.
lalu masy pun datang.

: : kaya kan masy tukar sampai 2k? : :
ramai orang kat sini.
tapi berkat kesabaran dan ketaqwaan kami, dengan mudahnya dapat parking *libas tudung
bak kata masy di dalam entry nya, memandangkan kitorang tak buat reservation, maka nya semua tempat makan kepenuhan.
walaupun kami telah berlengah lengah di dalam surau, tetap jugak takde tempat yang kosong.
dari kenny rogers, kami membawa diri ke secret recipe.
tunggu dalam 5 minit, ok dapat seat.

: : masy order ini. beef lasagne. amboii gatal tangan nak enterframe gak : :

: : saya makan ni. tapi sedih : :
kenapa sedih?
sebab mee tu masih bergumpal di antara satu sama lain.
adakah dikeluarkan fresh dari peti ais?
lalu tidak di celur sebentar.
benci ah.
dah la tak bagi kitorang air sirap.
dalam menu kata kalau order main course dapat air sirap.
yang saya plak tengah makan asyik la tersedak sedak.
siapakah yang mengumpat saya di bulan puasa yang mulia ini?
*jegil bijik mata
selepas usai berbuka puasa kami pun berpisah membawa haluan masing-masing.
masy telah membeli 4 helai spender sebagai tanda kenang-kenangan pertama kali datang ke alpha angle.
saya juga begitu.
bukanlah pertama kali.
tetapi jua membeli spender.
tetapi saya beli 2 helai je.
itu pun guna voucher. kesian.
keesokan harinya, hari ahad.
pagi-pagi encik z ajak saya pergi sogo.
dia kata dia ada voucher RM50.
memandangkan beras kat rumah pun dah habis so ok lah.
amboiii beli beras sampai ke sogo. mampu?
sebenarnya takde la pagi sangat kami keluar.
lepas sahur, subuh. saya dah tak boleh tidur.
golek golek atas katil saya pun phoenix bangkit dari abu.
basuh tudung-tudung awning yang memerlukan cucian tangan.
dan baju bajan lain yang jua memerlukan setitik keringat peluh petani.
basuh pinggan, kemas dapur.
mesin baju.
dan paling penting iron baju raya.
berpeluh-peluh ketiak hangit bagai.
biar berpeluh sekarang, dari berpeluh di taiping.
siapppp 3 helai baju raya saya iron.
dengan tudung-tudung sekali. kelasss kau maria.
pukul 10.30 pagi baru gerak dari jasmine.
jalan jem tak hengat nak masuk ke sogo tu.
encik z drop saya dulu.
dia pergi parking kat bangunan mara baru tu.
saya dah pi hypermarket dulu pilih pilih barang mengikut voucher yang disediakan.

: : dan inilah hasilnya : :
dari parking mara nak keluar dari tempat kejadian dan kesesakan syaitan ni rasa macam 1000 tahun lamanya.
ewah. pentipu nau.
tapi hazabbb la.
tak sampai sejam pun kitorang kat dalam hyper sogo tu.
tapi bayangkan la menapak dari sogo ke bangunan mara baru tu.
dengan encik z membawa beban beras 5kg. hewhewhhew.
kemudian saya bagi cadangan pada encik z untuk ke AA plak.
sebab saya ada RM10 voucher.
nak beli ikan kembung.
sebab kat sogo tak fresh.
saya cadang nak buat asam pedas instant berbuka nanti.
encik z ok. so zass ke AA plak.
pun meramai umat. parking kat bumbung sudahnya.

: : inilah hasilnya : :
zaman gawat meleset gini, kena bijak bijak la berbelanja.
walau apa pun saya bersyukur alhamdulillah atas segala kurniaanNya.
amin.

10 thoughts on “Card Reader Hilang. Maka Terimalah Entry Ini

  1. 2k laaa sangat T___T mcm shot singgitlah kak. tp tataulah kot sy yg termasuk lebih singgit dlm sampul. ah lantak, kira halal – anggap je duit parking kete ehehe. mekasihhh (Y)

    • hah shot singgit? adoiyaiii sori sori..
      2 orang kira tu. sebab lagi half ada brader kat office ni amik.
      dia satu stacks tu RM100. kena cukupkan.
      dia kira, akak pun kira.
      awak terletak lebih kot. sbb duit tu kan mcm melekat

      • tu la.. mintak2 terlekatlah walaupun sy kemain kira selai2 sblm masukkan dlm sampul hahahaa. xpelah singgit je pon.. klu 10 hengget haruslah meroyan gangnam style hahahaha

  2. mya slalu gi jusco alpha angel yer? sama la ngan saya. hari sabtu ptg kat jusco wangsa maju tu. x le plak terserempak yer…. 😉

    • eh awak duduk area2 situ jugak kah??
      nanti boleh la bila2 kita janji2 jumpa2.
      kalau ada ceramah kat mana2 awak bagitau la eh.
      hantar message kat fb ke.

Comments are closed.