AidilFitri 2012

di hari raya tak sah kalau tak ambik gambar keluarga.
maka nya pagi raya lepas solat, makan dan bersalaman, kita bergambar dulu.


: : di belakang tabir : :

saya paksa encik z bawak balik DSLR.
walaupun agak semput semput nak snap gambarnya, tapi berkat darah photographer yang mengalir dalam encik Z, alhamdulillah hasilnya tidaklah mendukacitakan.

baju saya & yaya tu kainnya dibeli di bandung.
first time pakai baju sama dengan yaya di hari raya.
kenapa sebelum ni tak pernah terfikir eh?

baju tu saya jahit sendiri ke? well… *hembus kuku
dalam gambar nampak cantik je biru turquoise tu. i like.
tudung plak dari aidijuma yang saya beli kat CM. RM18 sahaja.

he he banyak gila snap dengan yaya.
sib baik dia pun jenis layan je bila nak bergambar.

encik z pakai baju melayu zaman bila ntah. recycle sudah. muat lagi katanya.
yer jangan membazir kok.


: : mama : :


: : adil : :


: : yana : :

boleh lupa nak snap gambar berdua dengan encik z? huhuhu.
oh yer kaklong sekeluarga raya kat raub tahun ni.
tu pun raya kedua kaklong dah kena fly fly.


: : bila la ahli keluarga puan normah nak bertambah? insyaAllah, mudah-mudahan Allah beri kan rezeki kepada kami nanti : :


: : lakonan semata : :

12 thoughts on “AidilFitri 2012

Comments are closed.