Siapa Kata Tak Boleh BFF Dengan Lelaki?

ok sambung cerita di mentakab.
dari bukit bendera resort ke rumah pengantin dekat je sebenarnya.
nak menapak pun boleh.
tapi dengan panas berdengung, maleh la piula.
jadi saya dan encik z pun menaiki lah kereta.

: : hadiah untuk pengantin. diterbangkan khas dari phnom penh : :
sampai sampai salam mak apak pengantin pastu terus makan dulu.
duduk bawah khemah bumbung merah, makanan pun jadi merah.
tapi adalah sedap sebab ada tempe dengan ikan bilis goreng garing.
dap dap.
inilah BFF saya. yer dia adalah seorang yentan.
baca : jantan. bahasa molek : lelaki.
nama nya rashid.
kawan sekolah saya semenjak saya dan dia berumur 14 tahun.
haa cer kira cer cer cer. 19 tahun dah kenal ok.
banyak suka duka saya dengan dia ni.
tapi yang pasti masa memula saya kenal dia dulu kan, dia tak suka saya tau.
selalu cam nak sakitkan hati saya je.
menyampah okkkk.
pastu dia cam mula respek saya bila dari form 2 nak masuk form 3, saya dapat masuk kelas pandai.
eh masa form 2 pun saya kelas pandai ok.
dia kelas ke 2 pandai kot.
kira dari keseluruhan 7 kelas, dalam 200++ student, kedudukan saya top 20 camtu la.
masa form 2 dengan form 3 je la konon kelas pandai.
tapi bila amik PMR, hancur leburrrrrrr…
lepas saya habis PMR, saya pindah taiping.
dia kat KL lagi la. lalu kami berutus utus surat meng update satu sama lain.
lepas habis SPMV, saya masuk politeknik, dia plak amik pra-U.
masih lagi kami berutus surat.
ada sekali 2 berdating datingan kat seremban.
lepas dah habis belajar pun kitorang masih connect connect.
memang takde lost contact la cumanya on off bila memasing dah kerja apa semua.
ada sekali tu saya naik genting highlands dengan dia. tengah malam.
naik motor.
masa on the way nak turun, dia kata saya tertidur, dah tergoleng goleng kepala saya.
dia tahan guna tangan kiri saya.
kelas kau bawak motor guna satu tangan.
saya dengan dia penah pegi langkawi sama-sama jugak.
masa tu hujung form 3.
sekali dengan cikgu la.
a few classmates juga.
ah pendek katanya banyak la kenangan terindah saya dengan dia.
eh lagi satu.
masa tu saya keluar dengan dia.
pegi KLCC.
pastu nak jadi cerita rupanya ex bf saya, KHJ ada kat KLCC gak.
KHJ call la saya tanya saya kat mana apa semua.
saya tipu cakap kat tempat lain, dengan member.
tak sangka KHJ follow saya pastu nampak saya baik punya bertenggek atas motor dengan rashid.
kahhhh…
tapi KHJ ni jenis lelaki baik, takde nak amukan ke hapa.
pepelan pastu dia tanya bila saya dah balik rumah.
terpaksa la ngaku kan.
kemudian saya pun kenalkan rashid dan KHJ.
lalu kami pun hidup aman dan damai #eh
hahaha.

: : terikut tema lah plak saya ini : :

: : encik z, rashid, hasanah, mya : :
dengan encik z awal-awal lagi saya dah kenalkan dengan rashid.
dari mula-mula saya kenal encik z lagi saya dah bagitau kat rashid.
pastu kenal-kenalkan mereka.
encik pun jenis sampoi sampoi.
so takde nak menjeles ke hapa kalau saya kata aku nak keluar dengan rashid.
*ni sebelum saya menikah yer
kurung putih tu kainnya saya beli kat ho chi minh.
dah siap lama gak tapi tu la saya kata sayang nak pakai.
ni bila ada kenduri haaa baru kasi zass.
cantik takkk?? sila kata cantikkk..
walaupun putih semata kan. motippp…
tudung tu plak saya beli kat the curve.
RM10 jer. tengok hana #OnAir tu pakai cam lawa je.
tapi bidang dia kecik la. tak dapat nak cover sebahagian bahu.
pastu kain dia pun cam fragile huhu..
selamat pengantin baru my BFF, rashid ardi.
dan hasanah.
semoga kekal hingga ke syurga.
rashid, kalau kau ada terbaca ni, aku nak kau tau aku sayang sangat kat kau beb.
kau jaga diri baik-baik.
aku doakan perkahwinan kau kali ni berkekalan.
amin amin.
dari rumah pengantin, saya dengan encik z ke star mall city.
mall baru bukak rasanya ni.
sekentut je pun dari rumah pengantin.
saja jalan-jalan buang masa.
eh zohor jugak sekalian.
surau kat sini cam sedih gila kot.
dah la nun jauh ke bawah.
ke dalam pulak tu.
pastu kan takde aircond.
kipas pun tarak.
karpet yang diletak pun semua dah kepam.
paip air ada satu.
tu pun air mengalir laju sikit dari kencing budak 6 tahun.
confirm confirm la owner tempat ni cina 🙁
walaubagaimanapun, itu bukan alasan untuk kita meninggalkan solat ya anak-anak.
walau di mana, walau bagaimana keadaannya solat tetap solat.
fikir fikirkan dan selamat beramal.
lepas solat, nak buang masa lagi.
lepak kat kemaman kopitiam.
minum 3 layer tea yang tak sedap! pffftt..
lebih kurang pukul 4petang camtu baru la bergerak pulang ke KL.
sekian.

2 thoughts on “Siapa Kata Tak Boleh BFF Dengan Lelaki?

Comments are closed.