Sahur & Buka : Part 1

ceyyy tajuk. siap ada part part siku lipat tu.
konon cam rajin sangat la nak update menu berbuka berpuasa eh.
kononnn.

saya ni sebenarnya memang dah berikrar kepada diri saya sendiri.
kalau boleh taknak pergi pasar ramadhan dan beli kat cafe ofis.
semua pun cam saya nak masak sendiri.
walau simple, walau sikit tapi biar masak.
selain terjamin kebersihan. dapat lah berjimat jugak.
maklumlah 5% je (orang-orang office saya je tau ni hehe)

takde la kadang-kadang tu kalau beli kat luar lebih nafsu je.
ni saya la, korang tak. korang baik :-p
encik z pun setuju je dengan saya.
mandangkan sepanjang bulan ramadhan ni waktu office saya 7.30 pagi.
balik 4.30 petang.
memang sempat benau la nak memasak nya.

balik rumah tenggek nasi.
siang siang lauk sayur, pukul 6.45 petang camtu saya start campak-campak.
walau simple dan takat 2 hidangan tapi kenyang alhamdulillah.

yang ni lauk sahur.
tapi bukan saya masak.
mama yang masak lalu saya tapau sahaja dari kampung he he.

sambal ikan bilis, kari ikan, dalca, pucuk ubi dan sambal belacan.
ni kira sahur yang pertama di jasmine lah.

hari ketiga berbuka saya plan nak buat kembung asam rebus.
ada setengah orang sebut singgang. ada setengah orang sebut pindang.
tapi korang tau la kot kan masakannya gimana.

cili merah, cili padi, bawang putih, bawang merah, lengkuas, kunyit hidup.
blender boleh, tumbuk pun boleh.
memandangkan blender kat rumah saya sudah jahanam, jadi saya tumbuk lah.

sayur bendi dan asam keping jangan dilupa.
bendi tu kalau takde pun takpe.
kalau ada lagi bagus.
lauk dan sayur bersatupadu.
tak payah dah nak masak sayur.
tak gitu cik sri siantan?


: : pelakon utama of coz ikan kembung : :

dah siap semua bahan tumbukan, masukkan air dalam periuk.
pastu campak je semua. biar la dalam beberapa minit.
pastu campak la pulak ikan kembung tu.
dah siap. senang baituuuuu.
pejam mata pun boleh buat.
tapi pejam sebelah je la.
aterrr pejam dua-dua mau tersungkur kau kat dapur.

berbuka hari ke 4.
saya masak daging blackpepper.
pastu kacang panjang + carrot.
untuk sahur, lauk ni tak habis.
jadi saya campuradukkan mereka.
makan dengan nasi panas. sedap apa.


: : encik z buat air limau. tapi dia guna limau kasturi. me dont like. me like limau nipis. so pls : :

berbuka hari ke 5.
saya goreng ikan kembung je.
makan dengan kicap. haha. kejam dan sadis gila kan.
eh tapi laki mak ok je, kau apa sibuk?
kenyang jugak hapa.
eh tapi ada keropok kak wan bagi.
pastu ada ulam jugak.
ulam carrot, kacang botol dengan kacang panjang.
ok apa apa apa?
(emosi walaupun ada korang kisah ke pun kan? ekekeke)

tadi pagi sahur makan nasi putih panas-panas dengan telur mata kobau.
saya 2 hari sahur ni tak berapa lalu. perut tak sedap.
makanya makan kurma dengan minum teh o dan air kosong je.
so far so good la perut takde la berkriok kriok.

hari ni ingat nak masak udang masak lemak.
tapi yang paling basic la.
nenas pun takde. maleh ar nak kopek nenas.
kalau ada yang jual dah siap kopek haaa boleh la beli.
kalau takde pun takpe.
ganti dengan kacang panjang sudah.
dasarrrr…

8 thoughts on “Sahur & Buka : Part 1

  1. sy pon azam ramadan tahun nih takmau beli kat luar, kalau bolehhhh…hari2 masak, hari nih pun rasanya berbuka lauk kari yg dah 3 hari di perangat tak abih2…erkkk 😛

  2. masak simple tu yg paling sodap
    aku tahun ni masak sahur je la
    dgn weekend br bleh msk buke

    *laki aku tu bukan bleh amik flexi time yg kul 7.30 tu wei
    mau merah sesajo kang..xpe la, ade la reason aku x masak
    bukan salah aku..dia yg xmo
    hahahaha *lega*

    • tu la tu simple yg sedap sebenarnya.
      yang paling penting kenyangggg..

      oooo kisahnya.. takpela kalau gitu.
      setahun sekali berkorban 😀

  3. sedap2222…. dah ada kemajuan skill memasak kwn aku nih….. ko malas kopek nenas..ko beli jer kat kedai buah yg dah siap potong tuh… beli 2 potong 2 hengget blk masak…hahahhaha aku selalu gak buat gitu…

    • hari tu aku pegi NSK cari gak nanas yang dalam paket2 tu tapi takdoo..
      tadi pegi ada plak walhal hari ni takde niat dah nak masak lemak kuning.
      jebon toi..

Comments are closed.