Rombongan Cik Kiah Sambung Mengembara

amboi kemain tajuk mengembara lah, pengembaraan lah, kembara lah, kelab kembara lah.
walhal celah mana kembaranya ntah.
shopping sesokmo je. heh.
cerita hari ke 3.

breakfast masih disediakan.
lebih kurang sama macam semalamnya je.
cuma semalam nasi kuning.
hari ni nasi putih.
ada sambal jugak.
tapi saya banyak bedal sambal yang lina bawak.
begini (Y)
gaul-gaul dengan ikan bilis rangup. nyummehh..

kitorang mintak pak ujang bawak souveniers.
dia pun ambik dari kawan-kawan dia.
dapat la murah sikit.
dan takyah la nak beli tepi tepi jalan orang jual tu.
sebab sekali kau beli, nanti yang lain pun kerumun kerumun.
rimas.
rimas konon. tak payah nak rimas sangat lah.


: : lina sebagai ketua rombongan : :


: : kami-kami yang follow saja : :

homestay kitorang ni berdekatan dengan trans studio bandung.
tu lalu sebelah tu.
tapi haruslah tak singgah kan.
nanti ada rezeki saya memang nak datang lagi bandung ni.
nak bawak yaya main dalam trans bandung studio satu hari suntuk, insyaAllah.

baru saya tau selain studio, ada juga trans mall dan trans hotel.
wow!

macam semalamnya jugak, keluar seawal minit pertama.
pak ujang kata toko tiga ni bukak awal.
rupanya tak bukak jugak lagi.
katanya dalam ni ada jual jeans murah-murah.
saya pegi pun ok, tak pegi pun ok.
tak terniat pun nak beli jeans.


: : pehal kau senyum begitu normaya? senyum tersentil namanya : :


: : bank mayapada. kau ada? : :

ujung ujung masuk balik dalam pasar baru.
diorang repeat lagi kedai telekung semalam.
lama plak tu!
tak pepasal saya terjebak beli jugak 2 pasang tudung.
sib baik murah. 2 pasang dalam RM35 je.
tapi takde la kerawang hebat france cotton ke hapa.
yang simple je.
satu bagi kat kaktin. satu bagi kat yana.


: : kak aida yang borong banyak telekung : :


: : naik lunyai dah. penting tau benda alah ni. kalau takde memang payah : :


: : gini keadaannya pasar baru di pagi hari. tenang lagi. menjelang tengah hari, pitam! manusia macam semut : :


: : sambung shopping lagi : :


: : payet dalam bahasa melayu nya labuci yer. so mulai hari ni boleh panggil payiet sebagai labuci. omg! : :


: : pakaian hijabster untuk budak-budak. cute sangat. kalau korang mak-mak pakai cenggini, boleh la berboria dengan anak-anak : :

ke sona textile. house of cotton.
saya beli ermm.. 3 pasang kot kat sini.
cantik-cantik dan murah-murah.
kat KL memang tak dapat arrrr.
kat sini diorang terima duit RM tau.

berpecah lagi kitorang sebab memasing nak cari benda berlainan.
saya jalan berdua lagi la dengan kak wan.
nampak kedai kain ni.
batik indonesia. rambang mata kot sebab semua lawa-lawa.
tapi yang potongnya minah penjual ni kerek ya ampun.
kita tengah cakap dengan dia boleh dia pandang-pandang tempat lain.

sebab geram saya beli sehelai je.
pastu try usha usha tempat lain, tapi tak jumpa.
dan tak larat dah nak cari.
terpaksa patah balik kat kedai ni.
tahan je la mata dengan dia.
saya beli lagi 2 pasang kain.
warna hitam putih. saya suka suka suka.

pastu dah habis semua, nak gerak cepat sebab nak pergi makan siang aka lunch.
turun kat lantai 1.
tetiba nampak kain yang super duper lawa.
kirai kirai duit. tu pun duit pinjam dari kak wan 500ribu rupiah.
sampai la tak bayar lagi huhu.

cukup la nak beli sepasang.
lalu saya pun beli. gabungan warna biru dan pink.
cantik la di mata saya.
di mata awak tak cantik what tuduuu..
nanti saya pakai saya ciwi ciwi haa..
belum hantar tempah pun.


: : ni je la dapat snap. jalan jem ya rabbi : :

seterusnya.
makan siang ya.
tbc…

8 thoughts on “Rombongan Cik Kiah Sambung Mengembara

Comments are closed.