Oh Buah Melaka ku…

korang tak caya kan saya buat buah melaka?
takpe tak caya takpe.
tapi saya nak gak cerita kat sini.
biasalah orang baru first time buat kuih, menjadi lak tu.
harus jakun sebentar.
startnya nengok gambar buah melaka kat facebook rye.
buah melaka traffic lite nama diberi.
terus saya cam terliyor liyor.
alangkah sedapnya buah melaka.
saya ni memang peminat buah melaka.
selalu kalau bulan ramadhan memang mencari.
tapi katanya dah tak pergi langsung ke bazar ramadhan, so takde la beli.
pastu borak-borak dengan kaktin & payiet.
diorang kata senang sap sap soiii je buat buah melaka ni.
kaktin penah buat dulu.
payiet plak siap bagi resepi bagai.
tetiba terus bersemangat nak buat.
kaktin belikan daun pandan dan gula melaka.
saya pergi NSK cari tepung pulut.
pastu ke B & O beli kelapa parut.
lalu mari lah kita mulakan pembuatan kuih buah melaka buat kali pertamanya.
watak-watak utama di dalam penggambaran telenovela buah melaka mayah sopiah adalah :

: : tepung pulut. jangan kau beli tepung gandum atau tepung beras plak : :

: : daun pandan. dah kertu sikit la daun pandan ni. kurang bau nya : :

: : pewarna hijau. ada sokayy, takde pun sokayy. menjadi jugak buah melaka nya : :

: : gula melaka yang dipotong kiub : :

: : kelapa parut digaul garam : :
patutnya daun pandan tu diblend.
pastu dapatkan airnya dan campur dengan air lalu digaul bersama tepung.
tapi sebab blender rumah saya rosak jadi idok ler saya dapat memblendernya.
untuk kepuasan nafsu sendiri, saya gaul daun pandan tu dengan tepung dan air.
kah!
suka-suka kau je kan normaya. la la la la…

: : tepung pulut, air dan daun pandan bersatu padu : :
dah siap bersatu padu, lenyekkan sedikit, masukkan gula melaka di tengah.
lalu gentel menjadi bola bola kecil.
yang warna putih tu sebab punya excited saya terlupa nak masukkan pewarna hijau dalam tepung huehuehue.
ok masukkan pewarna hijau.
sila abaikan bebola api yang besar kecik tu.

: : ini percubaan hari pertama : :

: : ini percubaan hari ke dua : :
didihkan air dalam periuk.
bila air dah menggelegak, masukkan semua bola bola api tadi.
tunggu sampai mereka semua timbul ke permukaan air.
haaaa tu kira dah masak la tu.
angkat lalu gaulkan dengan kelapa parut bercampur garam tadi.
dan tadadadadaddadada… siapppp…
kan sap sap soi je tu..

: : kali pertama buat sikit je : :

: : kali ke 2 buat banyak sikit : :
modal sikit. makan banyak.
saya puas hati. i love u buah melaka!

12 thoughts on “Oh Buah Melaka ku…

  1. puas hati kan buat sendri. leh taruk gula melaka besau2..nak sedap lagi, guna kelapa parut yg kelapa muda.. lagi sodappp.. hehe

    • haah saya letak gula melaka sebesar penumbuk *ok tipu.
      tapi kelapa tu campur2 yang hitam jugak.
      susah nak cari kelapa parut kat area rumah ku huhu..

  2. Maya
    kalau iLa..iLa tak letakkan daun tu dalam adunan tepung tu
    lebih baik….blend kan..guna air pandan tu
    nanti buah melaka tu lagi sedap…..
    dapat air pandan dan bau2nya…berserta warna-warnanya sekali…….
    semula jadi..cubalah…huhuhu

  3. Mya, bole jer kalo tumbuk2 daun pandan tu (kasar2 pun xpe)..pastu campur air, ramas2 sket then tapis – amik air pandan tu je masuk dlm adunan tpg pulut..nak rasa & aroma pandan je pon..

  4. fuiyoooooo.. jadi la gula melaka hijau…pasni boleh r buat kuih gula taiping yer kak.. hihihihi… (L)

Comments are closed.