Malam Terakhir di Bandung

dari restoran kampung daun tu plan nya nak menyinggah kat rumah mode.
tapi lepas ditimbangtara rasa tak yah la sebab masa pun amat mencemburui.
terus je ke kartika sari.
bapak ramai hoihhh orang.
berpusu pusu dalam tu.
dah la tak sistematik.
situ la pilih barang, situ la tempat bayar.
pfffttt..

saya amik cecepat brownies campur-campur dan pisang salai cheese.
pastu terus bayar. terus lepak kat luar.
rimas rimas rimas.
hoiii berapa kali nak cakap, tak payah rimas sangat la!
*monolog di dalam hati. tapi kalau dah jerit bukan monolog la. heh.


: : ni ha saya beli : :

dari kartika sari ke cihampelas walk.
eh cop cop cop.
tetiba saya macam confuse.
pergi cihampelas walk hari ni ke atau semalamnya.
hah ni la natijahnya  bila tak snap gambar.
semua pun lupa.

ah tapi gitulah. memang ada kitorang pergi cihampelas walk.
paris van java semua tu.
saya beli tshirt caca & cici je kat belah luar.
sekali lagi rimas orang dok follow beli keychain buk. beli fridge magnet buk.
hah lepas tu ke grande.
grande ni saya ingat. sebab sekali lagi saya beli ais krim durian yang sedapp.


: : saya belanja kak wan guna duit yang saya pinjam dari kakwan hehehe : :


: : sedap. korang sila cuba yer kalau ke bandung : :

kat kedai ni saya nampak ada teh botol.
saya pun nak beli la. konon-konon nak bawak balik botol sebagai kenangan.
sebelum saya bayar, saya tengok la budak kedai ni nak bukak penutup botol tu.
saya cakap eh eh jangan bukak.
saya nak bawak balik.
sekali dia kata botolnya nggak bisa dibawa pulang buk.
harus diminum di sini dan dipulangin botolnya.

saya pun cam eh eh boleh plak gitu.
saya bayarin dong harga botolnya.
nggak bisa buk.
coiiii. terus kensel beli teh botol ni.
#sentaphatimaknak

diorang semua masuk dalam menyopping kat grande ni.
saya je duduk luar. takde nafsu dah nak beli apa.
duit pun bukannya ada dah pun.

masa ni kitorang tengah ralit tengok mainan patung harimau.
yang ada bunyi bunyi lepas tu kepala dia goyang goyang inul.
pecah perut kot sebab dia goyang kepala macam orang tak siuman.
macam nak tercabut kepala dia.
susah nak describe tapi memang lawak ya rabbi.
teringin gak saya nak beli tapi lama tunggu penjualnya takde.
gi solat kot.
kalau tak boleh rakam tunjuk kat korang.
serius lawak nak mati ok cara harimau tu goyangkan kepala dia.
cam harimau meroyan gila buang tebiat nak mati. begitulah.

dari grande pergi anakecil plak.
sekali lagi saya duduk kat luar.
saya mana ada anak kecil.
8 tahun anak besar dah la kot kan.

dari anakecil langsung pulang ke homestay.
memasing dah penat. dah emosi. dah lapau.
tapi sebelum tu singgah kedai, saya nak topap kredit.
mengadakan walhal esok pepagi dah nak balik KL dah.
ala topap setakat RM3. nak call encik z kejap je haaa..
saya pun lenggang kangkung masuk la dalam kedai.

lalu bagitau kat dia yang saya mau tambahnilai.
tapi kat sana tak sebut tambahnilai.
sebut apa ntah hari tu lupa dah.
dia nak buat automatik la kiranya.
kira key in terus nombor handphone dari mesin.

nombor hape nya apa kak? hape : handphone
errrr taktau la.
kalau nggak tau kok bagaimana mau ditransfer topap nya?
haah ek ye tak ye jugak.

kah kah kah. terus ai termalu-malu.
sib baik saya bawak simpack tu, simpan dalam van.
pegi kat van amik simpack baru bagi kat budak tu.
dia pun sengih sengih je tengok saya.
keh keh keh.


: : hasil shoppingan hari ke 2 : :

oleh sebab memasing dah kepenatan decide makan maggie je kat homestay.
saya paling gembira sebab duit pun dah adoooo kan.
makan maggie pun sedap apa..

lepas makan on la tv.
wah rezeki. ada indonesia idol finale.
sean & regina. suara dorang uuuu mmmeletop letop.
juri agnes monica, anang dengan ahmad dhani.
so cekci la agnes monica punya baju.

sesambil nonton tu sesambil packing.
merisau jugak kot sebab saya tak beli extra luggage.
15kg tu je la. tu pun berdoa nak menumpang kasih luggage diorang.
sebab semua pun tambah sampai ke 40 kg.
saya dah suruh encik z standby kat malaysia.
nak mintak dia belikan online.
ajerrr gila kalau kena caj kat airport.
mau nangis nak membayau.

kitorang mintak tolong atak bawakkan penimbang.
sib baik dia ada.
so memasing lepas packing mula la menimbang.

pegi saya bawak beg puma hitam tu je.
balik tengok. ada lagi 3 beg beranak.
beg merah tu la beg elle tipu harga RM16 saya beli. ngeh.
timbang punya timbang. ngam-ngam soiii kot 15kg!
diorang yang lelain ada extra.
so saya bertawakal je lah kalau kata terlebih 15.1 ke, 15.2 kg ke, saya tumpang bahagian dorang je la sebab group check in kan.

sebelum tidur, kitorang gossip hal office.
yang off record teramat.
lepas tu masing-masing beradu.
esok pepagi dah kena cargass ke airport.

10 thoughts on “Malam Terakhir di Bandung

  1. Gara2 entrymu ini.. kaknaja pun bukak website Indon Idol tersebut.. ternyata keputusannya berpihak pada Regina. hahaha.

    Awat la tak citer sapa yang menang… (padahai tak pernah tau pun ada Indon Idol bagai seblum ni)

    • haah ek tak tulis sapa yang menang yer keh keh sorry lupaa..
      tu la kan cam tak penah keluar paper kat malaysia pun pasal indonesia idol ni.
      regina suara dia meletop2 kak.. sila nonton di youtube

    • betui macam bogel.
      masa memula tengok aku cam eh eh si agnes ni pakai baju apa.
      rupanya.. uiii cekci cekci..

Comments are closed.