Kisah Puasa di Hari Pertama & Kedua

saya ni hari selasa lepas dah bendera jepun.
ingat kot sempat la berakhir. tapi tak.
so hari pertama dan kedua puasa tu memang saya tak puasa lah.
hari jumaat malam balik taiping.

kaklong sekeluarga pun balik jugak tapi diorang gerak lambat.
beria la kaklong nak rahsia diorang tunggu kereta baru keluar rupanya.
tapi si caca bambam sudah pecah lubang.
ceritanya kaklong kata kereta dia rosak.
nak kena tunggu keluar bengkel.
saya pun cam oh ok la.

pastu dalam perjalanan saya saja la call caca tanya.
kereta babah dah ok dah?
dia jawab dah.
saja saya tanya lagi. cantik tak kereta babah?
dia jawab cantikkkkk. kaler purple.
teeeeeeeeeet.

memang tak boleh jadi penyimpan mohor besar tau caca ni.
tapi adalah comel je dia.
kaklong tukar alza.
sesuai benau lah dengan family dia yang dah membesau ni ha.

diorang sampai ngam-ngam waktu nak sahur esoknya.
membising lah budak 2 orang tu.
saya sebab tak puasa sambung tidur dengan mamai-mamainya.
nampak diorang berdua solat.
alolololo sweet sangat kot.

sabtu tu keluar dengan mama kaklong yaya caca pegi town.
kaklong nak belikan mama kasut baju raya semua.
tahun ni kaklong raya kat raub.
saya dengan adil je raya kat taiping.
dah tahun ke 3 kahwin, sokmo raya kat taiping kan.
la la la la la la…

balik tu kepala saya sakit nyut nyut.
pagi tu pun saya tak makan apa sangat.
roti dengan kaya, air milo.
sampai rumah terus tidur dengan harapan migraine hilang.
tapi tak jugak hilangnya. pfftt..

pukul 7 malam terus gerak ke hotel sri malaysia taiping.
ramai-ramai nak berbuka kat luar.
saya ok jer.
buffet kat sini RM25 untuk dewasa.
RM10 untuk 6 – 12 tahun.
bawah 6 tahun FOC.
variasi makanan ok ok la kot.

oh yaya puasa tau.
tapi tah kenapa melembik semacam.
mama kata last year takde la plak cenggini.
dari kat rumah lagi dah melepek je semacam.
tapi sayang la plak nak suh dia makan.
sebab dah pukul 5 macam tu dah.


: : sampai kena berdukung dengan si ayah : :


: : nama kaklong ialah zuraihan : :


: : rambut pun dah kusut masai macam hapa : :


: : caca buli kakak : :


: : ish ish ish anak sapa la ni : :


: : ini budak puasa jugak. puasa nasi. susu berbotol botol di gulpp gulpp : :


: : sabau nak sabau. jangan sampai mak plak hilang sabau : :


: : caca pakai tshirt bandung yang saya beli untuk dia : :

ini yang saya makan.
actually ada satu lagi pinggan.
ada kerabu apa semua. tapi ntah tetiba gambar tu error.
apa-apa je lah kan.
saya makan sikit je. kepala nyut nyut.
ABC sedappppp.


: : ginilah suasananya : :

balik tu saya telan panadol.
pastu terjelepuk depan tv.
dalam sesakit tu gigih gak saya nonton cerekerama perempuan neraka.
sapa tengok?
ada ke bini camtu eh?
then apa ke motip kau kahwin dengan mamat tu?
dah tau mamat tu driver lori je.
ishh tak pehe tak pehe.

oleh sebab saya tengah migraine, encik z pun takde cakap apa.
cer kalau saya tengah sihat walafiat, mesti dia camlekkk baik punya.
yer saya ni seorang isteri yang suka amukan.
benda kecik pun nak amukan.
tapi encik z sabauuuuuuuu je.
sian ia.

besoknya ahad tak buat apa.
sebab ada lagi sisa-sisa migraine.
saya potong daun lidah buaya dengan ramas daun bunga raya putih.
lumur lumur kat kepala.
kot bagi sejuk sikit la kan.

yaya ikut kaklong keluar pegi bazar ramadhan.
saya tengah hari tu layan oh my english.
pastu layan cerita tamil. cerita hantu.
roh membuat dendam pembalasan. best.

pukul 10.30 malam baru gerak balik dari taiping.
together dengan alza purple tapi berpisah di tapah.
sampai rumah pukul 2 pagi.
dapat la tidur sekejap.
besoknya 4.30 pagi dah kena bangun siapkan sahur plak.
hari ke 3 saya dah berpuasa.

so selamat berpuasa korang :-p

8 thoughts on “Kisah Puasa di Hari Pertama & Kedua

  1. ciannyer yaya.. comel je.. hehe.. akak, sy nak alamat umah akak boleh? nak jemput kenduri nih.. tq. hehe..

Comments are closed.