Jangan Pandang Kami Sebelah Mata

dari setahun ke setahun saya nak berenti main hoki, tapi tak berenti renti gak.
saya ni bukannya pandai main pun.
buat cukup syarat je.
tapi tahun ni sangat tenat keadaan pasukan hoki yang saya anggotai sebab sudah pecah-pecah group.
ujung-ujung yang tinggal hanya lah 10 orang je.
sokayy lagi la kan. main 7 orang, simpanan 3 orang.
saya dah berangan nak jadi simpanan je.

tup tup di hari kejadian, lagi 3 orang tak muncul.
tinggalah 7 orang je la haihh.
nak taknak kena main jugak la. takkan nak tarik diri.
rugi sebab diorang kata hadiah semua dah ada.
kalah pun dapat hadiah gak.
makanya, kita kasi redah je laa.


: : ramai pun pemain bidan terjun : :

kena lawan 2 kali.
kalau menang lawan untuk final. begitu.
haruslah kitorang takde berangan nak ke final pun.


: : di depan tabir : :


: : di belakang tabir : :

game berselang seli lelaki dan wanita.
encik z main untuk team lelaki. tapi kami tak sama pasukan.
encik z pasukan pitis. saya pasukan kijang.
satu lagi pasukan bernama kupang.

game pertama kami menentang kupang.
0-0. not bad hah.
game kedua menentang pitis. kitorang menang 1-0.
syahid yang jaringkan gol.
tak padan dengan demam dia tu.
berdesup zass zusss zisss pukul bola.

dan mengikut pungutan mata, kami team kijang layak ke final!
haruslah semua gosok gosok mata tak percaya.
tapi kau bayangkan lah. kitorang 7 orang ni la dok pulunnn main.
aterrnya takde simpanan bagai.
walaupun setakat 7-7 waktu permainannya.
semput macam pesakit asthma.
ceh macam la kau ada penyakit asthma kan normaya.
tapi seriyus la penat gila kotttt.


: : perlawanan akhir. kupang menentang kijang : :


: : syahid, ros, kaktin, kakdil, mya, kakmid, noreen. kami tunggak pasukan kijang. cewahhh. puii : :


: : kau main hoki ke kau pose pose chantek kat tengah padang tu normaya? : :


: : main hoki laaa. tak caya tengok ni : :


: : dan ini : :

siapa sangka siapa menduga, team underdog kitorang ni menang u.
1-0 sekali lagi jaringan oleh syahid.
masa gol tu wahhh gembira tidak terperi di hati.
terus cam cepatlah referee tiup wisel. cepat la habis.
cepat la menang.
masa ni kepenatan taktau nak describe.


: : terima kasih kupang kerana bagi kijang menang. awak memang baik kerana mengalah : :


: : berpeluk bagai mengalahkan menang pingat emas sukan olimpik. drama sangat! : :


: : encik z yang tak puas hati dengan kemenangan pasukan kijang. dengki lettew pasukan pitis dapat nombor 3 : :


: : VVIP pasukan kijang yang mesti berbangga dengan kami. ceyy ceyy ceyy : :


: : kamilah juara : :

alaa kalah menang kan adat permainan.
yang penting semangat kesukanan.
dan ukhuwah berpanjangan. tak gitu?


: : piala pusingan yang direbut : :


: : hadiah yang dimenangi : :

actually juara dapat beg nike.
tapi beg nike tu sebijik yang saya pernah dapat dulu.
so taknak la sampai 2 kan.
makanya mintak tukar dengan pemenang nombor 2.
yer la tau nike lagi mahal dari adidas.
tapi saya mahukan variasi lorrr.

tahun depan saya takmo main dah hoki ni.
jangan paksa-paksa dah.
penangan hoki, 3 hari berturut-turut satu badan sakit tau!
nyampahhh..

DISCLAIMER : sesiapa yang tidak mahu gambar korang terpampang kat blog saya ni, boleh maklumkan kepada saya. saya dengan hati akan mengCROPnya.
hidup ini ringan. jangan diberat-beratkan. ;-)

This entry was posted in Aktiviti, Office. Bookmark the permalink.

8 Responses to Jangan Pandang Kami Sebelah Mata

  1. TiNiE says:

    yeahooo!!!!
    menang!!!!

  2. suriaamanda says:

    wah…along jugeks yg x reti bersukan..kaki, tangan , vont..semua bangku..hehehehe

  3. Wah!! kiranya kali ni xdela menang gaya jekkan mcm slalu tu..hiks!!

  4. payiet82 says:

    wahh yang pelok pelok tu macam menang anugerah perfileman (Y)