Jalan Kembali

dah lama saya nonton filem jalan kembali ni.
saya nonton kat festival city.
tapi macam kurang kerajinan nak update tu yang tak terupdate.
tapi tetiba terupdate plak ni, acaner?
takde la. takde update sangat pun.
cerita ni pun dah keluar kat astro first.
so korang yang tak sempat nonton kat wayang, boleh la beli kat astro first.
bagi saya adalah best.
cumanya bab pakaian amy@salina saibi tu je yang saya rasa agak menganggu pemandangan.
yer dia dah bertudung. pakai tudung bawal lagik.
tapi tu la, dia selempang kan.
baju yang dia pakai plak ketat. hmm..
mungkin next time syamsul yusoff boleh lebih peka lagi hal-hal cenggini.
yang lain, best.
tak banyak sikit ada rasa insaf jugak huk huk huk.
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
[Al-Baqarah 216]
semua orang berhak diberi peluang untuk berubah.
seperti kata syamsul;-
“ Tidak kira berapa jauh sudah kau lalui ‘jalan hitam’, selagi masih bernyawa, kau masih ada masa untuk menukar arah ke ‘jalan kembali’ ’’
(L)

3 thoughts on “Jalan Kembali

Comments are closed.