Homestay & Transportation di Bandung

seperti yang telah diberitahu, saya dengan kawan-kawan semua stay kat homestay yang berlokasi di Komp. Sari Indah Residence.
alamat penuh sila jangan tanya. saya nggak tau.
yang pasti berdekatan dengan kawasan Trans Studio Bandung.
sila google map. haipp jangan malas.

owner homestay ni bernama pipit.
pipit ni merupakan kawan lina.
lina dulu dulu pergi bandung pernah guna service dia.
jadi mereka masih berkomunikasi. begitulah.

homestay ni ada 2 bilik je.
tapi ruangan kat tempat tengok tv ni ada diletakkan tilam.
jadi kalau korang pergi berenam memang molek sangatlah.


: : ini ruangan yang kat depan tv : :

oleh sebab saya, kak wan, lina dan yar masing-masing penakut jadi kami telah angkat tilam yang kat ruangan tv tu ke masterbedroom.
yang sebenarnya lina dan yar yang angkat.
saya tukang tengok je hewhewhew.

tapi hari ke lepas balik shopping tu kitorang tengok tengok tilam dah ada siap dalam bilik.
atak la tu angkat.
mesti dia kata kasihan semua pun penakut.
tv ada 3 buah kesemuanya.
jadi tak perlu nak rebut rebut nonton.


: : saya tidur atas katil : :


: : ini dapur. boleh memasak di sini : :


: : ini lah homestay nya : :


: : ini lagi : :


: : dan ini juga : :

ini pula van yang setia berkhidmat membawa kami ke sana ke mari.
sesuai dan selesa untuk 6 orang.


: : atak si caretaker dan pak ujang si driver : :

bayarannya cemana?
total semua ialah RM1010 untuk homestay dan transportation.
RM1010 bahagi 6 orang lebih kurang RM169 sorang.
murah la kot kan?
tu sebab 6 orang. kalau kau pergi 2 orang memang tersedak la kan.

kalau nak tengok banyak lagi gambar homestay si pipit ni, korang boleh pergi search dia kat facebook guna email address dia.
ataupun kalau nak tanya apa-apa pun boleh jugak.
terus email kat dia pipitjalan2@yahoo.com

kalau ada apa-apa soalan untuk saya boleh drop di kotak komen yer?
maka dengan ini watamatlah kisah shopping shopping bandung saya.
tunggu entry saya masuk hutan pulak. wuwu.
semoga saya dikurniakan kekuatan untuk terus mengupdate.

tata.

5 thoughts on “Homestay & Transportation di Bandung

    • aah. kalau hotel memang semua buat hal sendiri.
      so kalau sekeluarga ramai2 dok homestay, feel at home gittew..

Comments are closed.