Bekam Darah & Bekam Lintah

hari tu balik taiping saya buat bekam darah.
macam dah lama kot menyimpan hasrat nak buat bekam darah ni.
kebetulan adil, kaklong dan abang long baru lepas buat, haruslah saya pun tak mahu ketinggalan.

: : sesi konsultasi : :
encik z pun tak mahu ketinggalan.
tapi dia takmo buat bekam darah.
dia buat bekam lintah.
amik 3 ekor.
satu letak kat tapak kaki.
sebab encik z ada masalah kulit kat tapak kaki.
sekor letak kat dahi.
sekor lagi letak kat belakang leher.
dari sekurus kurus lintah, lepas setengah jam jadi segemuk gemuknya.
dalam 45 minit camtu gugurlah sekor sekor di medan penghisapan darah.
ah sekor lintah dicaj RM30 yer.
kalau la intah ni dapat gaji bapak lumayan eh?
sekali hisap darah dapat RM30. nak jadi lintah lah. #eh
nampak belakang tu?
situ kawasan tempat saya buat bekam darah.
saya amik 6 bekas. tak agak-agak kan.
masa kena tembak tu tak rasa sakit sangat.
tapi waktu dia suck darah rasa cam adoiii sakit jugak laaa.
gambar harus lah takde. ajerr giler nak letak kat sini?
mau encik z parang saya, langsung takyah buat bekam darah.
terus darah berpancut pancut.
satu bekas RM20.

 

lepas bekam darah saya urut satu badan plak.
RM40. paling sedap urut tapak kaki.
sakit tapi sedap. lega sangat.
badan 2nd hand macam saya, ginilah romannya.
warga taiping, kalau ada kepingin niat di hati nak buat bekam darah, bekam lintah atau berurut, boleh try ke sini yer.
kalau kau orang taiping sejati, sure kau tau kat mana address ni.
selamat berbekam!
lepas berbekam badan rasa ringan sikit.
dan lebih bertenaga jugak la.
darah-darah kotor pun dah disedut keluar, jadi perasaan kotor dalam diri pun dah keluar jugak la sikit.
bak kata kaklong, boleh kurangkan rasa marah-marah dan meroyan.
lebih bertenang gitu. wallahualam.
Hadits Rasulullah SAW.
“Sebaik-baik pengobatan yang kalian lakukan adalah Al Hijamah (bekam)” HR. Ahmad.
“Kesembuhan itu ada pada 3 (tiga) hal, dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan kay (besi panas). Tetapi aku melarang umatku menggunakan kay” HR. Muslim.
“Setiap penyakit itu ada obatnya. Jika obat yang tepat jatuh pada penyakit, dengan izin Allah penyakit itu pasti sembuh” HR. Muslim.
”Pada Malam Aku di Isra’ kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata: ” Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan Bekam” HR. Ibnu Maajah & At Tirmidzi.
“Kalaulah dalam sesuatu dari apa yang kalian pergunakan untuk berobat adalah baik, maka itu adalah ber-bekam/hijamah” HR. Abu Daud.

2 thoughts on “Bekam Darah & Bekam Lintah

Comments are closed.