Babai Bandung

flight balik pukul 8.30 pagi waktu bandung.
pukul 6.00 pagi kitorang dah gerak dari homestay.
kena awal sebabnya kan saya cakap airport dia kecik.
so mesti kena q panjang punya.
memang betul kata cicak.

masa q tu kan, depan tu ada la sorang pakcik.
dia dok nasihat nasihat kenapa bawak beg banyak, patut bawak satu beg besar bla bla bla.
dia plak bawak satu backpack.
pastu kiri kanan pegang kotak.
brownies barangkali.

waktu dia nak check in timbang luggage tetiba luggage dia terlebih 7kg camtu.
hah kalau kau terlebih luggage dan kena bayar kat airport, dah lain ok dengan kau beli online.
kira punya kira pakcik tu kena bayar lebih kurang RM200 camtu tau.
sian ia.

lalu saya yang dok q belakang dia cakap tunggu sat la kitorang timbang beg kitorang dulu.
lepas check in semua luggage kitorang, alhamdulillah ada terlebih.
ngam-ngam soii untuk pakcik tu menyelit.
tu la pakcik, lain kali sila beli luggage yer.
*memulang paku buah keras


: : gigih snap atas paha : :

sudahnya pakcik tu  beria ria nak bayau duit kat kitorang.
ala pakcik. saya gurau je kata-kata ayat atas tu.
takyah nak sentap sangat la.
takyah nak bayau-bayau. kitorang ikhlas.
tapi dia insist. kitorang pun insist gak takmo takmo takmo.
last last dia kata jom pakcik belanja minum kopi.
so sementara tunggu flight tu ramai-ramai lah kami minum kopi.

pakcik ni mesti kaya ni.
datang bandung semata-mata nak main golf.
saya tanya la pakcik apa kerja?
dia kata bussinessman. kelas pakcik.
ada anak lelaki tak? LOL


: : jangan lupa bayar airport tax 75 ribu rupiah sahaja : :

lupa nak bagitau, dulu lina satu department dengan kitorang.
tapi dia sudah naik pangkat.
sekarang sudah sama department dengan kaktin.
yang lain lain tu kami masih menten bersatuandepartmentan.

kat airport bandung ni boleh je nak snap gambar.
walaupun masa kitorang nak snap ni, pekerja dia cam suruh jalannn.. jalannn..
saya buat signal kejap kejap. nak bergambar.
dia hangguk hangguk je.
cer kalau kau kat lcct kata nak bergambar ceni.
terus kena sound kepala hangguk kau.
sini tak boleh bergambar la!
poyo ah lcct. #tetiba

balik kali ni naik AK.
so mari kita cuci mata tengok orang malaysia pula.
waktu mamat ni tengah demo kat depan, saya plak sibuk snap gambar dia.
dia perasan pastu dia senyum je.
terus saya malu.
ala takleh nak amik gambar proper sebab dia gerak-gerak kan.

nama dia are-an. mungkin kependekan fauzan.
ataupun shazwan.
nyah, nanti bila kau dah fly fly di awan biru kau nak guna nama apa?
jangan bagitau aku fafa atau rara.
eh rara kenot. nanti rye mintak royalti. LadyRara katanya.

kau guna yiet yiet la.
dah macam orang myanmar plak.
ala kau guna nama asal je laa. best apa.
eh tetiba yang aku menyibuk pasal nama kau #apakes

masa are-an hantar makanan kat saya dia bisik, ‘gambar tadi ok?’
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…
malewwnyeww sayewwww..
saya terus cam eh er eh er ok ok.
walhal mana ok kan. blurrrr..
tak suka la are-an ni tanya-tanya ceni.
segan la akak. mintak nombor telefon boleh? :-p

pancake ni saya order online.
RM6.90 jugak kot harga tak silap.
mengada kan nak pancake bagai.
saya makan 2 keping je. kenyang dan cepat muak kot.

tak sampai 2 jam pun kami dah mendarat kat lcct.
penerbangan sampai awal dari jangkaan.
awal setengah jam tu.
lepas kapten announce je kata flight awal setengah jam, semua orang tepuk tangan.
wah.. sporting habis.
syabbas kapten. keep it up. cewah..


: : amboiih gambar : :

dah settle semua barang baru saya call encik z.
sementara tunggu encik z sampai, saya melepak kat KFC makan.
lapau kot.
dan begitulah kisahnya cuti cuti saya di bandung.
harap korang happy la membaca nya.
sapa yang sedih, tak dapat la saya nak nolong.

oh yang tanya pasal homestay dan transportation tu, nanti saya up entry lain k.
sabau yer korang sabau.
mak membz tahap kajang saya mengkuang layu.
boi!

10 thoughts on “Babai Bandung

  1. Saya akan mengguna nama labuci kekilau. eh tak de gegurau saja, Saya yakin ni tag nama saya adalah nama sebenar sama seperti di dalam kad pengenalan. (@)

    • errrr heee ye ke.. mekasih dik.
      susah2 jer.. banyak merepek je akak ni.
      tapi kalau ada yang suka, alhamdulillah 😀

  2. happy/sedih takder… tapi cemburu ada… bilalah agaknya aku nak smpi ke bandung nih… hang smpi dua kali dah pi…..

Comments are closed.